Pembangunan Modul Pemantapan Sahsiah Bersepadu Islam Bagi Mahasiswa Universiti Sultan Zainal Abidin Terengganu

Raja Hazirah, Raja Sulaiman and Ab. Aziz, Sulaiman and Noor Anida, Awang and Normila, Noruddin@Che Ahmad and Rahimah, Embong and Wan Ismail, Wan Abdullah and Mohd Taufiq, Abd. Talib and Nik Murshidah, Nik Din (2015) Pembangunan Modul Pemantapan Sahsiah Bersepadu Islam Bagi Mahasiswa Universiti Sultan Zainal Abidin Terengganu. In: International Seminar on Al-Quran In Contemporary Society 2015, 10 October 2015, Universiti Sultan Zainal Abidin.

[img] Text
FH03-FKI-19-22950.pdf
Restricted to Registered users only

Download (196kB)

Abstract

Kertas kerja ini bertujuan untuk membangunkan modul pemantapan SBI yang boleh dilaksanakan dalam program khusus bagi mahasiswa/i di pusat pengajian tinggi. Terdapat empat ciri utama bagi pembinaan Sahsiah Bersepadu Islam (SBI) telah dikenal pasti iaitu; nilai moral yang baik, intelektual yang tinggi, berdaya saing di peringkat global dan menjiwai AlQuran. Pembangunan SBI ini boleh direalisasikan melalui perlaksanaan Kurikulum Bersepadu Islam (KBI). Matlamat utama KBI ialah pemantapan sahsiah secara menyeluruh dari segi semua aspek iaitu rohani, moral, intelektual, fizikal, profesionalisme, individu dan sosial. Oleh itu, untuk membangunkan SBI, tujuh objektif pendidikan utama, komponen dan unsur-unsur dalam rangka kerja teori KBI perlu diambil kira. Perlaksanaan KBI secara total adalah hampir mustahil kerana ia melibatkan banyak kekangan. Namun komponen KBI boleh diekstrak dan disepadukan sebagai sebahagian daripada aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan juga aktiviti ko-kurikulum atau kurikulum tambahan. Kaedah penyelidikan pembangunan (developmental research) akan digunakan untuk merancang, membangun dan melaksanakan modul. Selain itu, data dokumen dan ayat-ayat Al-Quran akan dianalisis. Teknik pemerhatian, temu bual dan soal selidik akan digunakan untuk mengumpul data untuk menilai semula keberkesanan dan kesesuaian modul tersebut.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB2361 Curriculum
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 21 Oct 2020 08:02
Last Modified: 21 Oct 2020 08:02
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/373

Actions (login required)

View Item View Item