Rahimah, Embong and Suwannee, Langputeh (2016) The ways of parental involvement in children education management for muslim children in Southern Thailand. In: International Postgraduate Research Conference, 08-10 Oct 2016, Terengganu.
Text
FH03-INSPIRE-17-08311.pdf Restricted to Registered users only Download (4MB) |
Abstract
Matematik Islam ialah matematik yang menjadikan Al-Qur'an dan Sunnah Nabi sebagai postulat, oleh kerana itu di dalam matematik Islam, kita tidak perlu membuktikan suatu data yang datang daripada Allah dan Rasul-Nya, sekalipun nanti di dalam perjalanannya, matematik Islam seolah membuktikan kebenaran sunnah-sunnah Nabi. Al-Qu'ran merupakan kitab suci umat Islam yang merupakan sumber utama bagi segala disiplin ilmu ilmu pengetahuan lain. Kehebatannya tidak dapat ditandingi oleh mana-mana kitab atau buku lain dan kekal sepanjang zaman. Justeru, umat Islam wajib menjadikan Al-Qur'an sebagai sumber rujukan utama untuk pembangunan ilmu sebelum merujuk kepada teori ataupun konsep-konsep lainnnya. lni berdasarkan Al-Qur'an sangat berpengaruh pada pembangunan dan percambahan bidang-bidang ilmu. Hal tersebut terlihat jelas adanya penghargaan yang teramat tinggi bagi mereka yang beriman dan berilrnu dibandingkan dengan orang yang biasa-biasa sahaja. Hal tersebut menunjukan Al-Qur'an sangat mengambil berat tentang pembangunan ilmu pengetahuan. Oleh kerana itu, pentingnya matematik Islam diketahui oleh pelajar dalam dunia pendidikan dengan nilai-nilai yang terkandung dalam agama Islam dan Al-Qur'an dalam setiap pembelajaran. Sehingga, selain dapat mempelajari matematik, pelajar juga dapat mempelajari keagungan Allah dan Firman Firman Allah dalam Al-Qur'an yang merupakan ilmu daripada Allah yang diajarkan kepada manusia dengan bahasa logik, mengajarkan kepada manusia apa-apa yang belum mereka ketahui
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Subjects: | L Education > L Education (General) L Education > LB Theory and practice of education Q Science > QA Mathematics |
Depositing User: | Muhammad Akmal Azhar |
Date Deposited: | 04 Nov 2020 03:20 |
Last Modified: | 04 Nov 2020 03:20 |
URI: | http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/989 |
Actions (login required)
View Item |