Hubungan penglibatan ibu bapa dalam pendidikan dengan masalah penyesuaian tingkah laku hiperaktif kanak-kanak

Kamarul Shukri, Mat Teh and Zanariah, Mat Isa (2017) Hubungan penglibatan ibu bapa dalam pendidikan dengan masalah penyesuaian tingkah laku hiperaktif kanak-kanak. In: ICLGSS 2017, 26 October 2017, UNISZA.

[img] Text
FH03-FKI-18-13318.pdf
Restricted to Registered users only

Download (3MB)

Abstract

Hiperaktif merupakan antara bentuk masalah penyesuaian tingkah laku yang sinonim dengan kanak-kanak. Gejala ini tidak pernah berakhir dan semakin kompleks mutakhir ini. Banyak kajian telah dilakukan secara praKikal dan saintifik untuk mengenal pasti faktor yang menyumbang kepada permasalahan ini. Masalah penyesuaian tingkah laku hiperaktif ini akan memberi kesan negatif kepada kanak-kanak dari sudut tindak balas individu, hubungan sosial, perkembangan emosi dan kognitif, personaliti, kesihatan mental dan fizikal, kemahiran literasi dan numerasi, kebolehan berbahasa, kesediaan belajar dan kehadiran ke tadika. Kajian ini beftujuan mengukur tahap masalah penyesuaian tingkah laku hiperaktif kanak-kanak TYTI dan menganalisis hubungan antara tahap penglibatan ibu bapa dalam pendidikan dengan masalah penyesuaian tingkah laku hiperaktif kanak-kanak TYIT. Data kuantitatif dikumpul daripada 380 ibu bapa yang menghantar anak-anak ke Tadika Yayasan Islam Terengganu (Tfff )yang dipilih secara rawak mudah di lapan daerah di negeri Terengganu. Dapatan kajian menunjukkan masalah penyesuaian tingkah laku hiperaktif kanak-kanak TYIT berada pada tahap yang sederhana, Hasil analisis One Way Anova menunjukkan terdapat hubungan antara tahap penglibatan ibu bapa dalam pendidikan dengan masalah penyesuaian tingkah laku hiperaKif kanak-kanak TYIT. Ibu bapa perlu melibatkan diri dalam pendidikan kanakkanak. Disyorkan kerajaan menyediakan garis panduan dalam melaksanakan program penglibatan ibu bapa, menyediakan dana untuk menyokong kewangan tadika dan menggalakkan majikan memberi pelepasan masa untuk ibu bapa terlibat dalam aktiviti sekolah demi masa depan generasi muda dan negara.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman
L Education > L Education (General)
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 28 Oct 2020 04:21
Last Modified: 28 Oct 2020 04:21
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/862

Actions (login required)

View Item View Item