Kursus Praperkahwinan Islam: Satu Tinjauan Awal

Siti Murdiah, Salleh and Nizaita, Omar and Rahimah, Embong (2016) Kursus Praperkahwinan Islam: Satu Tinjauan Awal. In: International Postgraduate Research Conference (IPRC 2016),, 08-10 Oct 2016, UniSZA.

[img] Text
FH03-FKI-17-08987.pdf
Restricted to Registered users only

Download (255kB)

Abstract

Perkahwinan adalah salah satu tuntutan agama yang meraikan fitrah manusia untuk berpasang-pasangan. Kelangsungan sesebuah perkahwinan amat bergantung kepada persediaan mental, fizikal, emosi dan spiritual suami dan isteri. Justeru, syariat Islam amat mementingkan pengurusan dan sistem kekeluargaan yang mapan kerana corak kehidupan sebuah keluarga mampu mempengaruhi corak kehidupan sebuah masyarakat. Walaupun begitu, masih banyak masalah yang berlaku dalam pasangan muslim pada masa kini sehingga berlaku perceraian. Masalah inilah yang sebolehnya dielakkan oleh setiap pasangan yang telah berkahwin kerana ianya akan memberi pandangan negatif kepada masyarakat Islam itu sendiri. Kes perceraian sentiasa meningkat daripada tahun ke tahun dan menyebabkan perpecahan dan ketidaksepaduan antara keluarga yang terlibat. Melihat kepada peningkatan kes perceraian dan masalah rumahtangga tersebut, penulis merasakan usaha yang dilakukan kerajaan dengan mewajibkan setiap pasangan mengikuti Kursus Praperkawinan Islam untuk memberi pendedahan kepada mereka tentang kehidupan berkeluarga ini adalah bertepatan dengan senario semasa. Oleh itu, artikel ini akan menyorot latar belakang Kursus Praperkahwinan Islam yang telah diadakan sejak daripada tahun 1996. Artikel ini juga akan mendedahkan bentuk pengurusan Kursus Praperkahwinan Islam secara umum sebagai gambaran awal. Dalam kajian ini, kaedah kualitatif dan kuantitatif digunakan. Kajian kepustakaan diperlukan bagi mendapatkan maklumat semasa dan pemahaman yang jelas berhubung permasalahan yang dikaji. Kaedah turut serta dan pemerhatian terhadap kursus yang dijalankan juga dilaksanakan bagi mendapat gambaran sebenar dan jelas dan tepat. Malah kaedah temubual yang melibatkan pelbagai pihak yang berkepentingan juga turut dijalankan. Diharapkan artikel ini memberi kesedaran dan input yang berguna dalam memahami kewajipan sesuatu polisi yang dibangunkan oleh pihak kerajaan termasuk hal-hal yang berkaitan dengan pembinaan institusi kekeluargaan di Malaysia.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 28 Oct 2020 04:16
Last Modified: 28 Oct 2020 04:16
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/861

Actions (login required)

View Item View Item