Sambutan Kelahiran Bayi Dari Perspektif Fiqh Islami dan Adat-adat Dalam Masyarakat Melayu di Malaysia

Zurita, Mohd.Yusoff and Nadhirah, Nordin and Siti Fatimah, Salleh and Siti Khatijah, Ismail (2017) Sambutan Kelahiran Bayi Dari Perspektif Fiqh Islami dan Adat-adat Dalam Masyarakat Melayu di Malaysia. In: The International Seminar on Islamic Jurisprudence in Contemporary Society 2017, 01 April 2017, UNISZA.

[img] Text
FH03-FKI-18-18282.pdf
Restricted to Registered users only

Download (2MB)

Abstract

Anak-anak adalah permata hati ibu bapa dan mempunyai kedudukan istimewa dalam Islam.Tidak seperti di zaman Jahiliyyah, Islam memberikan hak untuk setiap bayi yang perlu dilaksanakan oleh ibu bapa sebaik sahaja mereka lahir ke dunia ini. Cara menyambut kelahiran seorang bayi ke alam sementara ini telah ditunjukkan melalui al-Quran dan hadith sebagai sumber rujukan utama perundangan Islam. Justeru kertas kerja ini bertujuan mengkaji apakah perkara-perkara yang dituntut untuk dilakukan oleh ibu bapa atau penjaga sebaik sahaja lahirnya seorang bayi ke dunia ini. Kertas kerja ini juga bertujuan mengkaji apakah adat-adat sambutan kelahiran bayi yang terdapat dalam masyarakat Melayu di negara ini. Kajian yang berbentuk kepustakaan ini menggunakan metod analisis dokumen iaitu dengan cara meneliti bahan-bahan rujukan berkaitan perkara yang dikaji seperti ayat-ayat al-Quran dan hadith,kitab-kitab fiqh dan buku-buku rujukan yang lain. Kaedah temubual turut digunakan dalam kajian ringkas ini bagi mendapatkan data berkaitan adat-adat sambutan kelahiran dalam masyarakat Melayu.Hasil daripada kertas kerja ini mendapati Islam telah memberikan garis panduan yang jelas bagaimana cara yang terbaik menyambut kelahiran seorang bayi. Adat-adat menyambut kelahiran yang terdapat dalam masyarakat Melayu hari ini pula sebahagiannya didapati tidak bercanggah dengan apa yang digariskan oleh Syarak, manakala sebahagiannya lagi didapati bercanggah malah boleh membawa kepada Syirik.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 27 Oct 2020 06:18
Last Modified: 27 Oct 2020 06:18
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/771

Actions (login required)

View Item View Item