PENDEKATAN ISQAT TADBIR AL-‘UYUB DALAM MEMPERKASAKAN KETAHANAN DIRI WANITA (ISQAT TADBIR AL-’UYUB APPROACH IN STRENGTHENING WOMEN’S SELF-RESILIENCE)

Siti Hajar, Mohamad Yusoff and Mohd Sani, Ismail and Norhashimah, Yahya and Nur Sakiinah, Ab Aziz and Siti Fatimah, Salleh (2020) PENDEKATAN ISQAT TADBIR AL-‘UYUB DALAM MEMPERKASAKAN KETAHANAN DIRI WANITA (ISQAT TADBIR AL-’UYUB APPROACH IN STRENGTHENING WOMEN’S SELF-RESILIENCE). JURNAL ISLAM DAN MASYARAKAT KONTEMPORARI, 21 (3). pp. 87-100. ISSN 1985-7667

[img] Text
FH02-FKI-20-49527.pdf
Restricted to Registered users only

Download (356kB)

Abstract

Dalam usaha membangunkan generasi masa kini yang berdaya saing dan mempunyai ketahanan diri di era globalisasi ini, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (2019) berusaha untuk melahirkan wanita yang berilmu dan berwawasan, mempunyai daya kreativiti, dan inovasi serta menghayati nilai-nilai murni. Rentetan daripada usaha kerajaan tersebut secara tidak langsung memperlihatkan kepentingan aspek ketahanan diri dalam berhadapan dengan pelbagai cabaran semasa. Terdapat kajian yang menunjukkan wujud pebezaan tahap ketahanan diri dalam kalangan wanita. Namun, aspek ketahanan diri ini boleh diasah dan dipelajari. Justeru, kertas kerja ini bertujuan untuk mengkaji dan mencadangkan penyelesaiannya menerusi pendekatan Isqat Tadbir Al-’Uyub dalam memperkasakan ketahanan diri wanita agar terhindar dari tekanan dan masalah jiwa akibat dari kurangnya pemahaman tentang ajaran al-Quran. Bagi menjawab persoalan dan tujuan kajian, reka bentuk pendekatan kualitatif menggunakan analisis dokumen diaplikasikan dalam kajian ini. Metod kajian ini berdasarkan kajian perpustakaan dengan menganalisis kitab turath. Kajian ini mendapati pendekatan Isqat Tadbir Al-’Uyub mampu menyumbang dalam membangunkan golongan wanita yang berdaya tahan seterusnya berupaya memberi sumbangan dalam konteks pembangunan keluarga, masyarakat, dan Negara.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Isqat tadbir al-’uyub, ketahanan diri, wanita
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Fatin Safura
Date Deposited: 19 Jun 2022 04:43
Last Modified: 19 Jun 2022 04:43
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/7553

Actions (login required)

View Item View Item