Peranan dan cabaran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dalam menangani isu sumbang mahram di Sabah [The role and challenges of the Department of Islamic Religious Affairs of Sabah State (JHEAINS) in dealing with the issue of incest in Sabah]

Abdul Qahhar, Ibrahim and Noorsafuan, Che Noh and Roslan, Ab Rahman (2020) Peranan dan cabaran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dalam menangani isu sumbang mahram di Sabah [The role and challenges of the Department of Islamic Religious Affairs of Sabah State (JHEAINS) in dealing with the issue of incest in Sabah]. Asian Journal of Civilizational Studies, 2 (3). pp. 31-41. ISSN 2682-8022

[img] Text
FH02-FKI-20-46170.pdf
Restricted to Registered users only

Download (266kB)

Abstract

Kajian ini memfokuskan kepada hal-hal yang berkaitan dengan pelaksanaan dan cabaran JHEAINS dalam menangani isu sumbang mahram di Sabah. Statistik menunjukkan peratusan tertinggi kes Sumbang Mahram adalah di negeri Selangor iaitu sebanyak 384 kes, manakala negeri Sabah pula menduduki tempat ke 7 di Malaysia bagi kes Sumbang Mahram iaitu sebanyak 82 kes sepanjang tempoh 5 tahun (2014 hingga 2018). Walau bagaimana pun, di Sabah, kes sumbang mahram dicatatkan semakin meningkat dari tahun ke tahun dalam tempoh 4 tahun dari tahun 2014 sehingga 2017 dan hanya menunjukkan penurunan 1 kes pada tahun 2018. Oleh itu, timbulnya persoalan mengenai peranan yang dijalankan oleh JHEAINS dalam menangani isu ini. Objektif kajian ini adalah untuk mengetahui konsep sumbang mahram menurut perspektif Islam, menganalisis peranan dan cabaran JHEAINS dalam menangani isu sumbang mahram di Sabah. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan menggunakan reka bentuk kajian kes, terdapat dua metodologi utama yang digunakan oleh pengkaji iaitu kajian perpustakaan dan temu bual untuk pengumpulan data atau maklumat kajian. Pengkaji telah menemu bual seramai 5 orang informan yang bertugas sebagai kakitangan JHEAINS. Pengkaji mendapati bahawa bahagian JHEAINS yang bertanggungjawab dalam menangani isu sumbang mahram di Sabah iaitu Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang Syariah dan Bahagian Pendakwaan. Usaha dalam menangani isu sumbang mahram di Sabah perlu diperkemaskan dan dipertingkatkan lagi dari semasa ke semasa. Di samping itu, kajian ini juga turut dilaksanakan bagi menambahkan lagi kesedaran, pengetahuan dan sensitiviti masyarakat terhadap jenayah sumbang mahram yang dilihat semakin meruncing khususnya di Negeri Sabah dan umumnya di Malaysia.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Peranan, Cabaran, JHEAINS, Sumbang Mahram, Sabah.
Subjects: H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Fatin Safura
Date Deposited: 31 May 2022 08:09
Last Modified: 31 May 2022 08:09
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/7375

Actions (login required)

View Item View Item