Konsep Pertandingan Sukan Tradisional Menurut al-Quran dan al-Sunnah di Selatan Thailand

Daud, Ismail and Abdulsoma, Thoarlim (2018) Konsep Pertandingan Sukan Tradisional Menurut al-Quran dan al-Sunnah di Selatan Thailand. JURNAL ISLAM DAN MASYARAKAT KONTEMPORARI, 1 (16). pp. 72-86. ISSN 2289-6325

[img] Text
FH02-FKI-18-13374 (1).pdf
Restricted to Registered users only

Download (528kB)

Abstract

Pertandingan sukan banyak disebut dalam al-Quran dan Hadith yang menunjukkan ia telah disyariatkan oleh Islam antaranya seperti perlumbaan kuda, unta, memanah, larian dan gusti. Dalam Islam, pertandingan yang disyariatkan adalah untuk melatih diri Muslim sebagai persediaan dalam peperangan. Di Selatan Thailand, terdapat pelbagai pertandingan sukan tradisional yang dianjurkan oleh masyarakat setempat khususnya masyarakat Melayu Islam. Kertas ini membincang konsep pertandingan dalam perspektif alQuran dan al-Sunnah, bentuk hadiah pertandingan dan jenis pertandingan sukan tradisional yang diharuskan dan diharamkan di Selatan Thailand. Pendekatan kajian yang digunakan adalah kajian kepustakaan dengan berpandukan kitab tafsir, hadis dan fiqah. Data dianalisis secara deskriptif berdasarkan tema-tema utama sesuai dengan objektif kajian. Hasil kajian mendapati jenis pertandingan sukan tradisional yang diharuskan adalah sukan yang tidak membawa kemudaratan atau kecederaan dalam kalangan peserta ataupun haiwan yang dipertandingkan. Hadiah pertandingan pula perlu ditaja oleh pihak ketiga atau pihak yang tidak terlibat dalam pertandingan.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Pertandingan, Sukan Tradisional, al-Quran, al-Sunnah.
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Zawari Zainon
Date Deposited: 25 May 2022 07:01
Last Modified: 25 May 2022 07:01
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/7305

Actions (login required)

View Item View Item