Mohd Shahrizal, Nasir and Kamarul Shukri, Mat Teh (2020) Sumbangan al-Nadwi terhadap perkembangan sastera Islam. BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences, 3 (3). pp. 111-130. ISSN 2600-9080
Text
FH02-FBK-20-39756.pdf Restricted to Registered users only Download (391kB) |
Abstract
Wacana berkenaan Sastera Islam telah bermula sejak kehadiran Islam dan ia terus berkembang sehingga era kesusasteraan moden masa kini. Sastera Islam dilihat sebagai satu gagasan yang dapat memastikan karya sastera mahupun sebarang idea mengenai sastera sejajar dengan ajaran Islam. Justeru, para sarjana bidang kesusasteraan khususnya yang menyedari kepentingan Sastera Islam telah melakukan usaha-usaha memperkasakan gagasan tersebut dan antara yang terlibat ialah alNadwi. Makalah ini bertujuan mengupas sumbangan al-Nadwi terhadap perkembangan Sastera Islam. Sumbangan al-Nadwi yang dimaksudkan merujuk kepada usaha yang dilakukannya sama ada secara peribadi mahupun secara kolektif menerusi Liga Sastera Islam Sedunia (Rabitah al-Adab al-Islami al- ‘Alamiyah). Kajian ini menggunakan kaedah analisis teks melibatkan bahan-bahan penulisan merangkumi sumber primer dan sekunder. Hasil kajian mendapati usaha al-Nadwi menghasilkan karya sastera khususnya melibatkan genre sastera kanak-kanak (adab al-atfal), sastera kembara (adab alrihlat) dan autobiografi (al-sirah al-zatiyah) sebagai sumbangan besar al-Nadwi terhadap perkembangan Sastera Islam. Selain usaha beliau secara personal itu, penglibatan aktif al-Nadwi bersama para sarjana lain secara kolektif sejak sebelum penubuhan Liga Sastera Islam Sedunia sehingga kewafatannya dilihat sebagai sumbangan beliau yang terbesar dalam perkembangan gagasan Sastera Islam.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | al-Nadwi, Sastera Islam, kesusasteraan, pemikiran sastera, karya sastera |
Subjects: | H Social Sciences > HM Sociology |
Divisions: | Faculty of Languages & Communication |
Depositing User: | Fatin Safura |
Date Deposited: | 17 Apr 2022 07:35 |
Last Modified: | 24 Apr 2022 01:59 |
URI: | http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/7041 |
Actions (login required)
View Item |