Wan Abd Aziz, Wan Mohd Amin and Bahyah, Abdul Halim and Che Mohd Syaharuddin, Che Cob (2015) Personaliti, Motivasi, Otonomi Pembelajaran dan Gaya Kepimpinan: Pengaruh Terhadap Prestasi Kerja. In: Unisza Research Conference, 14-16 April 2015, UNISZA.
Text
FH03-FESP-15-03575.pdf Restricted to Registered users only Download (338kB) |
Abstract
Dalam konteks kerja dan organisasi dewasa ini, faktor personaliti, motivasi, otonomi pembelajaran dan gaya kepimpinan merupakan antara anteseden penting dalam mempengaruhi prestasi pekerja. Untuk tujuan kertas ini, pengkaji akan menyorot literatur kajian terdahulu bagi mengenal pasti kepentingan dan peranan personaliti, motivasi, otonomi pembelajaran dan gaya kepimpinan dalam pembentukan prestasi kerja yang efektif. Selain daripada itu, perbincangan tentang bagaimana Teori Efikasi Kendiri (Bandura, 1977), Teori Tindakan Beralasan dan Teori Perlakuan Terancang (Ajzen 1988) memainkan peranan dalam pembentukan kerangka teori kajian ini turut diperjelaskan. Secara umumnya, pengkaji membuktikan bahawa prestasi kerja seseorang individu pekerja itu mampu ditingkatkan sekiranya gabungan antara anteseden yang dicadangkan berada dalam keadaan yang baik. Walau bagaimanapun, kemampuan seseorang individu pekerja itu adalah bergantung kepada keupayaannya mengawal dan menyelia kebolehan diri untuk terus cemerlang dan berprestasi tinggi.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management |
Divisions: | Faculty of Business and Management |
Depositing User: | Muhammad Akmal Azhar |
Date Deposited: | 26 Oct 2020 06:57 |
Last Modified: | 26 Oct 2020 06:57 |
URI: | http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/704 |
Actions (login required)
View Item |