Analisis keberkesanan penggunaan ict dalam mendepani gelombang revolusi industri 4.0 dalam kalangan pelajar di Negeri Terengganu, Malaysia

Mohd Sani, Ismail and Noradilah, Abdul Wahab (2020) Analisis keberkesanan penggunaan ict dalam mendepani gelombang revolusi industri 4.0 dalam kalangan pelajar di Negeri Terengganu, Malaysia. Asian People Journal 2020, 3 (1). pp. 101-109. ISSN e-ISSN: 2600-8971

[img] Text
FH02-FKI-20-37658.pdf
Restricted to Registered users only

Download (290kB)

Abstract

Kemunculan revolusi perindustrian 4.0 telah membawa perkembangan dalam Information Communication and Technology (ICT) yang meramalkan sebanyak 50 bilion peranti elektronik saling berinteraksi. Justeru, kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan penggunaan ICT dalam kalangan pelajar di negeri Terengganu seiring dengan kemunculan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0). Artikel ini merupakan kajian kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan. Soal selidik digunakan bagi mengumpul data dan maklumat yang diperlukan. Seramai 102 orang pelajar SMK harian biasa di Terengganu terlibat dalam kajian ini. Data dianalisis menggunakan SPSS versi 21 dengan menggunakan kaedah analisis deskriptif dan analisis inferensi. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap kefahaman IR 4.0 berdasarkan faktor jantina dan lokasi sekolah. Kajian juga mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap penggunaan ICT sebagai medium pembelajaran berdasarkan lokasi sekolah. Walau bagaimanapun, terdapat perkaitan yang signifikan antara kefahaman tentang IR 4.0 terhadap penggunaan ICT dalam pembelajaran. Justeru, dapat disimpulkan bahawa pelajar di negeri Terengganu menjadikan ICT sebagai wadah menimba dan berkongsi ilmu pengetahuan serta menjadi medium pembelajaran masa kini. Hasil kajian ini diharapkan dapat memberi maklumat penting kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam usaha meningkatkan pengintegrasian Information Communication and Technology (ICT) dalam proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) di sekolah-sekolah.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Revolusi Industri 4.0, Pembelajaran, Teknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT), Pelajar
Subjects: Q Science > QC Physics
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Fatin Safura
Date Deposited: 07 Apr 2022 04:08
Last Modified: 24 Apr 2022 04:04
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/6844

Actions (login required)

View Item View Item