Land exploration study and water quality changes in tanah tinggi Lojing, Kelantan, Malaysia [Kajian penerokaan tanah dan perubahan kualiti air di tanah tinggi Lojing, Kelantan, Malaysia]

Mohd Khairul Amri, Kamarudin and Mohd Ekhwan, Toriman and Wan Adi, Yusoff (2015) Land exploration study and water quality changes in tanah tinggi Lojing, Kelantan, Malaysia [Kajian penerokaan tanah dan perubahan kualiti air di tanah tinggi Lojing, Kelantan, Malaysia]. Malaysian Journal of Analytical Sciences, 19 (5). pp. 951-959. ISSN 13942506

[img] Image
FH02-ESERI-15-04085.jpg
Restricted to Registered users only

Download (213kB) | Request a copy

Abstract

Aktiviti penerokaan tanah di kawasan Tanah Tinggi tanpa mitigasi dapat memberi impak besar terhadap kesihatan persekitaran di dalam lembangan tersebut. Tanah Tinggi Lojing Gua Musang merupakan antara kawasan yang dibangunkan bagi aktiviti pertanian komersil. Sungai Belatop merupakan antara sungai yang terjejas dan memberi kesan terhadap bekalan sumber air penduduk setempat. Kajian ini dijalankan bagi mengetahui perkaitan antara pembangunan tanah dengan perubahan kualiti air sungai di Lembangan Sungai Belatop. Kajian dijalankan berdasarkan analisis data daripada Jabatan Alam Sekitar bermula dari Februari hingga Oktober 2012 secara berkala. Dapatan menunjukkan, pembangunan tanah di kawasan Tanah Tinggi Lojing telah memberi kesan nagetif kepada kualiti air di kawasan kajian. Dimana, nilai sedimen terampai (SS) adalah tinggi dengan nilai 1161 mg/L, nilai Turbidity mencapai 991(NTU) dan terus meningkat pada musim hujan kesan aliran permukaan yang menghakis permukaan tanah tidak berkenopi. Kandungan Magnisium juga telah meningkat iaitu 0.66 mg/L kepada 1.38 mg/L. Kandungan magnisium yang tinggi terhasil daripada penggunaan baja dalam aktiviti pertanian di kawasan kajian. Kandungan baja kimia yang berlebihan menyebabkan kandungan nilai kalsium (Ca) di lapangan bernilai 3.18 mg/L. Kandungan ferum dalam air juga telah melepasi 0.3 mg/L iaitu Kelas IIA/B dan Kelas III berdasarkan IKA. Justeru itu, beberapa cadangan dikemukan bagi mengurangkan masalah.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: perubahan gunatanah, muatan sedimen, pengurusan sumber air, Tanah Tinggi Lojing
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GE Environmental Sciences
Depositing User: Syahmi Manaf
Date Deposited: 13 Sep 2022 05:13
Last Modified: 13 Sep 2022 05:13
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/6776

Actions (login required)

View Item View Item