Impact of interception on infiltration and soil moisture in dipterocarp forest and oil palm plantations in Tasik Chini, Pahang

Mohd Khairul Amri, Kamarudin and Mohd Ekhwan, Toriman and Frankie, Marcus Ata (2015) Impact of interception on infiltration and soil moisture in dipterocarp forest and oil palm plantations in Tasik Chini, Pahang. 13942506, 19 (5). pp. 1084-1092. ISSN 13942506

[img] Image
FH02-ESERI-15-04055.jpg
Restricted to Registered users only

Download (224kB) | Request a copy

Abstract

Hutan dipterokap dan kawasan pertanian kelapa sawit merupakan dua lokasi yang mempunyai ciri pintasan, kelembapan tanih dan infiltrasi yang berbeza. Kajian imbangan air bagi proses kitaran hidrologi ini telah dijalankan di Lembangan Tasik Chini, Pahang, Malaysia selama sepuluh bulan bermula pada bulan April 2011 sehingga Januari 2012. Matlamat kajian ini adalah mengkaji ciri pintasan di dua variasi kanopi pokok dan kesan pintasan ke atas proses infiltrasi. Metod yang digunakan melibatkan data primer khususnya pengukuran aliran batang dan jatuhan langsung serta kadar kelembapan tanih bagi kedua-dua lokasi kajian. 104 batang pokok menjadi sampel iaitu 100 batang pokok di kawasan hutan dipterokap dan 4 batang pokok kelapa sawit serta 9 set jatuhan langsung dan 7 stesen alat pengukur kelembapan tanih. Hubungan regriasi digunakan untuk menganalisis kadar infiltrasi dan perhubungan antara pembolehubah pintasan dengan kadar kelembapan tanih dan hujan. Hasil kajian mendapati, 29.7% jumlah pintasan direkodkan dikawasan Plot A, 29.1% di kawasan Plot B dan 41.2% di kawasan kelapa sawit. Purata aliran batang bagi pokok di kawasan hutan sebanyak 8.65mm setiap pokok berbanding 12.7 mm bagi setiap pokok kelapa sawit. Purata bagi jatuhan langsung di kawasan kelapa sawit juga tinggi berbanding kawasan hutan iaitu 0.49 mm dan 0.42 mm. Hasil kajian menunjukkan ciri pintasan bagi kawasan hutan dipterokap dan kawasan kelapa sawit dipengaruhi oleh ciri fisiografi pokok seperti diameter batang pokok dan bentuk dahan pokok. Nilai pekali korelasi bagi hubungan antara jatuhan langsung dengan kadar kelembapan tanih di kawasan kelapa sawit adalah r² = 0.49 berbanding di kawasan hutan sebanyak r²= 0.42, hubungan yang positif bermakna apabila jumlah jatuhan langsung meningkat maka kadar kelembapan tanih juga akan meningkat.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: aliran batang, jatuhan langsung, kelembapan tanih, infiltrasi, hutan dipterokap Tasik Chini
Subjects: Q Science > Q Science (General)
Depositing User: Syahmi Manaf
Date Deposited: 13 Sep 2022 05:07
Last Modified: 13 Sep 2022 05:07
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/6726

Actions (login required)

View Item View Item