Amalan pengurusan kebersihan darah-darah wanita menurut Islam

Basri, Ibrahim and Normadiah, Daud and Nor Kartina, Tawang (2016) Amalan pengurusan kebersihan darah-darah wanita menurut Islam. In: International Conference on Islamic Jurisprudence (ICIJ) 2016, 29 October 2016, Krabi Front Bay, Krabi , Thailand.

[img] Text
FH03-FKI-17-09446.pdf
Restricted to Registered users only

Download (442kB)

Abstract

Masalah pengurusan kebersihan diri golongan wanita ketika kedatangan darah-darah wanita iaitu haid, nifas dan istihadah sering kali menjadi perbahasan dalam kalangan para fuqaha. Masalah dikenal pasti seperti kebersihan diri, penjagaan alat sulit wanita serta penggunaan peralatan berkaitan. Kajian ini bertujuan untuk menjelaskan dapatan kajian dalam amalan pengurusan kebersihan darah-darah wanita menurut Islam yang melibatkan tubuh badan dan pakaian, penjagaan alat sulit ketika haid dan nifas serta penggunaan tuala wanita menurut Islam. Artikel ini adalah berdasarkan kajian kepustakaan yang bersandarkan dalil-dalil al-Quran, interpretasi hadis-hadis sahih yang diakui, analisis dokumen dan sandaran pandangan ahli fiqh yang muktabar. Kajian ini mendapati tiga amalan wajar diberi perhatian pengurusannya seperti penjagaan kebersihan tubuh badan dan pakaian, penjagaan alat sulit wanita dan penjagaan tuala pakai buang wanita. Islam amat menekankan panduan dan amalan yang betul dalam perkara yang dinyatakan kerana ketiga-tiganya adalah berkait rapat dengan ibadat harian seseorang. Hasil kajian ini menunjukkan pakaian dan tubuh badan seorang wanita, penjagaan alat sulit wanita serta penggunaan tuala wanita yang sedang didatangi darah haid atau nifas wajib dibersihkan dan dijaga sepanjang masa. Terdapat banyak dalil-dalil aqli dan naqli yang menyokong dapatan tersebut.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 26 Oct 2020 03:33
Last Modified: 25 Nov 2020 02:49
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/667

Actions (login required)

View Item View Item