Upah Penyusuan Susu Ibu Menurut Perspektif Islam

Normadiah, Daud and Zurita, Mohd.Yusoff and Nadhirah, Nordin and Wan Pauzi, Wan Ibrahim and Sabri, Haron and Zuliza, Mohd Kusrin and Noraida, Ramli and Nurhidayah, Ashar (2016) Upah Penyusuan Susu Ibu Menurut Perspektif Islam. In: International Conference on Islamic Jurisprudence (ICIJ) 2016, 29 October 2016, Krabi Front Bay, Krabi , Thailand.

[img] Text
FH03-FKI-17-09448.pdf
Restricted to Registered users only

Download (432kB)

Abstract

Persoalan yang sering ditimbulkan oleh para ibu yang menyusukan anak ialah adakah mereka berhak menerima upah atau bayaran daripada suami mereka apabila menyusukan anak kandung mereka sendiri sama ada ketika mereka masih dalam ikatan perkahwinan atau telah bercerai. Demikian juga persoalan yang timbul apabila seseorang wanita mengambil upah untuk menyusukan anak orang lain, bagaimanakah cara-cara pembayaran upah tersebut dan bolehkah ianya dibatalkan serta apakah kesan-kesan daripada penyusuan tersebut? Justeru kajian ini dibuat untuk meneliti tentang perbahasan para fuqaha terhadap upah penyusuan ini sama ada kepada anak sendiri atau anak orang lain. Kajian ini dilakukan menggunakan kaedah kualitatif dan data-data dikumpulkan melalui analisis daripada kitabkitab Fiqh, Tafsir dan Hadith. Hasil daripada kajian ini akan dapat memberi penjelasan kepada masyarakat tentang keadaan ibu yang berhak mendapat upah penyusuan, kadar upahan, permulaan masa ibu mendapat upahan dan kesan penyusuan upahan menurut perspektif Islam sekiranya bayi tersebut bukan anak kandungnya.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 26 Oct 2020 03:28
Last Modified: 25 Nov 2020 03:08
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/665

Actions (login required)

View Item View Item