Isu keselamatan sistem pendaftaran tanah berkomputer di malaysia: Satu tinjauan (Security issues on computerised land registration system in Malaysia: An overview)

Noraida, Harun and Asiah, Bidin and Kamaliah, Salleh and Noor ‘Ashikin, Hamid and Nazli, Ismail@Nawang (2019) Isu keselamatan sistem pendaftaran tanah berkomputer di malaysia: Satu tinjauan (Security issues on computerised land registration system in Malaysia: An overview). KANUN, 31 (2). pp. 238-250. ISSN 0128-2670

[img] Text
FH02-FUHA-19-34264.pdf
Restricted to Registered users only

Download (273kB)

Abstract

Makalah ini bertujuan meneliti isu tentang keselamatan sistem pendaftaran tanah berkomputer di Malaysia. Berdasarkan Jadual Keempat Belas (seksyen 5A) Kanun Tanah Negara 1965 (KTN), dalam sistem Pendaftaran Berkomputer (SPTB), tanah yang terletak di bawah hak milik Pejabat Pendaftar atau Pejabat Tanah disediakan dalam dua bentuk, iaitu dokumen hak milik daftaran komputer (DHDK) yang disimpan di pejabat tanah manakala dokumen hak milik keluaran komputer (DHKK) diberikan kepada tuan punya tanah. Tuan punya tanah boleh pada bila-bila masa memohon untuk menukar dokumen hak milik keluaran kepada dokumen hak milik keluaran cetakan komputer dengan menyerahkan dokumen hak milik keluaran yang asal kepada pejabat pendaftaran tanah. Walau bagaimanapun menurut peraturan 8 (5) Jadual Keempat Belas KTN, Pendaftar mempunyai budi bicara boleh menukarkan dokumen hak milik keluaran tanpa permohonan tuan punya tanah. Dengan dokumen hak milik ini, tuan punya tanah akan mendapat hak milik tidak boleh disangkal dan berhak untuk memecah lot sempadan tanah, menyatukan tanah dan memecah bahagi bangunan serta membuat pindah milik, gadaian dan pajakan terhadap tanah tersebut. Berdasarkan metode analisis kes yang telah diputuskan oleh mahkamah mengenai pencurian maklumat dalam SPTB digunakan dalam kajian ini adalah untuk melihat keselamatan sistem pendaftaran berkomputer untuk menjaga hak milik tuan punya tanah. Hasil kajian membuktikan berlakunya penipuan dan ketidaktetapan maklumat terhadap urus niaga yang dilakukan dalam SPTB di pejabat tanah. Penyelesaian terhadap penipuan pencurian maklumat menurut Islam juga dibincangkan demi menjaga keselamatan hak milik pihak-pihak berkepentingan.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer, pencurian maklumat, cadangan penyelesaian
Subjects: K Law > K Law (General)
Divisions: Faculty of Law & International Relations
Depositing User: Fatin Safura
Date Deposited: 28 Mar 2022 02:57
Last Modified: 28 Mar 2022 02:57
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/6603

Actions (login required)

View Item View Item