Konsep jaringan dan aplikasi teori jaringan sosial ke dalam jaringan perkhidmatan kebajikan kanak-kanak

Siti Hajar, Abdul Rauf and Siti Hajar, Abu Bakar Ah and Haris, Abd Wahab (2019) Konsep jaringan dan aplikasi teori jaringan sosial ke dalam jaringan perkhidmatan kebajikan kanak-kanak. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJ -SSH), 4 (3). pp. 147-163. ISSN 2504-8562

[img] Text
FH02-FSSG-19-33831.pdf
Restricted to Registered users only

Download (916kB)

Abstract

Artikel ini membincangkan mengenai konsep jaringan sosial dan aplikasi Teori Jaringan Sosial ke dalam jaringan perkhidmatan kebajikan kanak-kanak. Konsep jaringan sosial yang dibincangkan dipecahkan kepada dua bahagian; iaitu konsep jaringan sosial dari aspek hubungan dan konsep jaringan sosial dari aspek struktur. Manakala, Teori Jaringan Sosial pula menerangkan empat perkara asas; iaitu jenis jaringan sosial, corak jaringan sosial, sistem jaringan sosial dan agihan jaringan sosial. Analisis dokumen yang dilakukan melalui sorotan literatur terhadap kajian-kajian lepas mendapati bahawa jaringan sosial dibahagikan kepada tiga jenis; iaitu jaringan sosial formal, jaringan sosial tidak formal dan jaringan sosial bersepadu. Corak jaringan sosial pula dipecahkan kepada lima corak perhubungan; iaitu hubungan tidak berarah, hubungan berarah, hubungan secara simetri, hubungan melalui orang tengah dan juga sosiogram. Manakala, bagi agihan jaringan sosial, didapati terdapat empat faktor utama yang mempengaruhi agihan jaringan sosial; iaitu objek atau pihak-pihak yang terlibat dalam jaringan yang terbina, penghubung ikatan jaringan, hubungan peranan, fungsi dan tanggungjawab antara objek/pihak yang terlibat dalam ikatan jaringan; serta arus (flow) dan pertukaran (exchange) dalam sistem jaringan.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: jaringan sosial, teori jaringan sosial, jaringan perkhidmatan, ikatan, kanak-kanak
Subjects: Q Science > QC Physics
Divisions: Faculty of Applied Social Sciences
Depositing User: Fatin Safura
Date Deposited: 27 Mar 2022 04:31
Last Modified: 22 May 2022 01:43
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/6579

Actions (login required)

View Item View Item