Konsep Asas dan Prinsip Pembuatan Menurut Islam

Saiful Bahri, Mohamed and Abdul Hakim, Abdullah and Hurun Ain, Ab. Rahman (2018) Konsep Asas dan Prinsip Pembuatan Menurut Islam. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, 17 (1). pp. 51-68. ISSN 2289-6325

[img] Text
FH02-FKI-18-14196.pdf
Restricted to Registered users only

Download (363kB)

Abstract

Negara Malaysia telah di sebati dengan amalan pembuatan yang dibawa oleh barat dan timur yang bermatlamatkan kebendaan semata-mata. Fenomena ini mengundang pelbagai masalah dalam sektor pembuatan di negara ini seperti materialisme, hakisan nilai kemanusiaan, pencemaran alam sekitar, pembaziran dan eksploitasi tenaga manusia. Amalan pembuatan yang tidak dikawal dengan konsep Islam menyebabkan banyak perkara yang terlibat dalam proses pembuatan tidak menepati kepatuhan syariah serta tidak bersesuaian dengan keperluan masyarakat Islam. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti prinsip-prinsip pembuatan dari pandangan Islam dan merumuskan satu definisi pembuatan Islam sebagai satu usaha untuk mengasaskan teori pembuatan Islam yang boleh dijadikan dasar kepada amalan pembuatan Islam yang menepati kepatuhan syariah, taharah, barakah dan boleh menghapuskan shubhah. Kajian kuanlitatif ini menggunakan analisis dokumen sebagai instrumen kajian. Ia melibatkan analisis data secara induktif dan komparatif terhadap sumber-sumber muktabar Islam iaitu al-Quran, hadith dan penulisan para sarjana Islam. Kajian ini mendapati asas-asas pembuatan Islam meliputi tauhid, manusia sebagai khalifah, akhlak dan produk yang berkualiti. Sementara itu, prinsip-prinsip pembuatan Islam merangkumi komponen-komponen yang melibatkan pemilik perusahaan, pemodalan, pekerja, premis, peralatan, bahan, proses kerja, pendokumentasian dan produk. Berasaskan pandangan Islam tentang asas pembuatan serta prinsip-prinsip pembuatan Islam yang diterokai, maka kajian ini merumuskan pembuatan Islam ialah satu proses yang bersepadu dan seimbang dalam mentransformasikan sumber bahan yang menepati kepatuhan syariah (syariah compliance), taharah dan barakah ke arah penghapusan shubhah demi kesejahteraan ummah di dunia dan akhirat.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Pembuatan Islam, kepatuhan syariah, taharah, barakah dan shubhah
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
T Technology > TS Manufactures
Divisions: Faculty of Innovative Design & Technology
Depositing User: Rafidah M.Saaid
Date Deposited: 20 Mar 2022 03:35
Last Modified: 20 Mar 2022 03:35
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/6406

Actions (login required)

View Item View Item