Tarekat Tasawuf Benteng Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

Syed Hadzrullathfi, Syed Omar and Ahmad Najaa, Mohktar and Mahyuddin, Ismail (2018) Tarekat Tasawuf Benteng Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Jurnal Qalbu, 5 (10). pp. 241-259. ISSN 2590–3780

[img] Text
FH02-INSPIRE-18-14469.pdf
Restricted to Registered users only

Download (668kB)

Abstract

Tarekat dalam golongan sufi merujuk kepada suatu bentuk penghayatan khusus yang dipraktis oleh para salik, iaitu orang-orang yang benar hati mereka untuk menuju kepada jalan keredhaan Allah SWT, dengan cara merentasi pelbagai perubahan sifat hati (al-manazil) serta menghiasi diri dengan pelbagai tingkat keyakinan (maqamat al-yaqin). Justeru tidak sunyi dari setiap generasi umat Islam, para tokoh yang tampil mengetengahkan kepentingan penglibatan Muslim dalam pendidikan kesufian bagi mencapai matlamat tarekat sebagaimana dinyatakan dalam definisi tentangnya. Manakala akidah shli sunnah wal jama`ah merupakan asas utama yang dipegang oleh para ulama’ sepanjang zaman untuk diyakini dalam diri setiap individu yang mendakwa sebagai muslim. Artikel ini bertujuan untuk menjelaskan peranan tarekat sufi sebagai benteng kukuh kegemilangan akidah ahli sunnah wal jama`ah yang dimiliki oleh setiap muslim mukmin dari dahulu hingga kini. Kajian kualitatif ini dilakukan berasaskan analisis kandungan dengan meneliti sejauh mana aspek tarekat kesufian dan tasawwuf dalam pelbagai karya tokoh ulama’ berperanan sebagai benteng kuat dalam mengekalkan keutuhan akidah ahli sunnah wal jama`ah yang diyakini mereka. Kajian mendapati bahawa pelbagai amalan yang terkandung dalam tarekat sufi merupakan elemen-elemen penting membentengi simpulan akidah Islam yang diimani oleh seorang mukmin. Ini adalah kerana semua amalan diterapkan dalam tarekat sufi adalah bertujuan supaya wujudnya penghayatan tauhid kepada Allah SWT yang merupakan tonggak utama dalam akidah ahli sunnah wal jama`ah. Tanpa penghayatan tauhid, pegangan akidah diyakini hanya menjadi suatu kepercayaan yang hambar, tidak kuat untuk menuntun pemiliknya ke arah kesempurnaan kehambaan diri kepada Allah SWT. Oleh itu, pandangan menyatakan seorang yang mahir dalam ilmu akidah tidak perlu ia bertarekat kerana akidah dan tarekat adalah dua perkara yang tidak berkaitan antara satu sama lain, adalah suatu kesilapan yang perlu diperbetulkan.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Tarekat sufi, benteng akidah, ahli sunnah wal jama`ah, maqamat al-yaqin, hubungan tarekat dan akidah.
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > B Philosophy (General)
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Depositing User: Rafidah M.Saaid
Date Deposited: 17 Mar 2022 03:17
Last Modified: 17 Mar 2022 03:17
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/6369

Actions (login required)

View Item View Item