Pendekatan Konsep Tabayyun dalam Isu Falak Kontemporari

Roslan, Umar and Syed Mohd Hafiz, Syed Omar and Nor Hazmin, Sabri and Nur Athirah, Ahmad Fashil @ Ahmad Fazil (2018) Pendekatan Konsep Tabayyun dalam Isu Falak Kontemporari. BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences, 1 (2). pp. 127-134. ISSN 2600-9080

[img] Text
FH02-FKI-18-15241.pdf
Restricted to Registered users only

Download (715kB)

Abstract

Saban hari berita palsu berkaitan dengan isu-isu falak kontemporari semakin berleluasa dan tersebar meluas dalam kalangan masyarakat Malaysia. Jesteru itu, artikel ini bertujuan mengenal pasti konsep tabayyun dalam al-Quran dan menyelidik konsep tabbayyun yang dipraktikkan oleh iman Shafi‘i untuk diaplikasikan dalam menangani isu-isu ini. Islam telah lama menyarankan kaedah tabayyun sebagai panduan apabila menerima sebarang berita seperti mana firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 6. Para ulama Islam menggunakan pendekatan tabayyun dalam setiap bidang ilmu sama ada dalam pembelajaran, pengajaran atau penulisan. Imam Shafi‘i merupakan seorang ulama yang tersohor dan sangat menekan penelitian dalam bidang hadis sehingga beliau digelar sebagai Penolong Sunnah ‘Nashir al-Sunnah’ atau pembela sunnah ‘Multazim al-Sunnah’. Imam Shafi‘i telah meletakkan syarat-syarat yang ketat dalam menerima perawi khabar Ahad bagi menjaga dan mengelak sebarang penyelewengan dalam hadis nabi Muhammad SAW. Artikel ini hanya akan mencadangkan konsep tabayyun berdasarkan al-Quran dan pendekatan tabayyun oleh imam Shafi‘i dalam penerimaan khabar ahad sebagai satu alternatif bagi menyelesaikan isu-isu ini.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Tabayyun, khabar ahad, berita palsu, falak.
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Rafidah M.Saaid
Date Deposited: 16 Mar 2022 07:04
Last Modified: 16 Mar 2022 07:04
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/6311

Actions (login required)

View Item View Item