Kematangan Kerjaya Pelajar : Implikasinya Terhadap Kaunseling Kerjaya

Mohd Sani, Ismail and Aman Daima, Md. Zain and Mohd Hasrul, Shuhari and Mohd Rahim, Ariffin (2018) Kematangan Kerjaya Pelajar : Implikasinya Terhadap Kaunseling Kerjaya. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, 18 (1). pp. 45-56. ISSN 2289-6325

[img] Text
FH02-FKI-18-15486.pdf
Restricted to Registered users only

Download (227kB)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengukur tahap kematangan kerjaya pelajar-pelajar sekolah menengah. Kajian ini juga meninjau sama ada kedua-dua pemboleh ubah tersebut dapat dikaitkan dengan pembolehubah-pembolehubah lain seperti jantina dan aliran atau jurusan pengajian. Sampel kajian terdiri daripada 1060 orang pelajar yang dipilih dengan kaedah persampelan rawak bersistematik daripada 106 buah Sekolah Menengah Kebangsaan Harian Biasa di negeri Terengganu. Kajian yang dijalankan secara tinjauan ini menggunakan soal selidik. Soal selidik yang digunakan untuk memungut data mempunyai dua skala kecil iaitu; (i) Maklumat dan biodata diri dan (ii) Inventori kematangan kerjaya, yang telah diuji dan didapati mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi, iaitu nilai alpha bagi kematangan kerjaya ialah 0.92. Data yang dipungut telah dianalisis menggunakan analisis deskriptif iaitu peratusan, frekuensi, min dan sisihan piawai bagi menjawab soalan kajian, manakala analisis inferensi seperti Ujian-t dan ANOVA digunakan untuk menguji hipotesis kajian. Hasil kajian mendapati bahawa secara umumnya tahap kematangan kerjaya pelajar berada pada tahap rendah dan sederhana. Bagaimanapun, kematangan kerjaya pelajar didapati berbeza secara signifikan berdasarkan jantina, dan aliran atau jurusan pengajian. Kesimpulannya, tahap kematangan kerjaya pelajar turut dipengaruhi oleh faktor jantina, aliran atau jurusan pengajian. Justeru, sebarang aktiviti program bimbingan dan kaunseling kerjaya perlulah mengambil kira faktor-faktor pemboleh ubah tersebut.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Kematangan Kerjaya, Bimbingan Kerjaya, Program Kaunseling Kerjaya.
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Rafidah M.Saaid
Date Deposited: 16 Mar 2022 04:43
Last Modified: 16 Mar 2022 04:43
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/6294

Actions (login required)

View Item View Item