Determination of radionuclide activity and radiological impact from the intake of milk, wheat flour, tea and coffee [Penentuan aktiviti radionuklid serta impak radiologi melalui pengambilan susu tepung, tepung gandum, teh dan kopi]

Nik Nadia Hazwani, Nek Kamal and Norafatin, Khalid and Che Nor Aniza, Che Zainul Bahri (2015) Determination of radionuclide activity and radiological impact from the intake of milk, wheat flour, tea and coffee [Penentuan aktiviti radionuklid serta impak radiologi melalui pengambilan susu tepung, tepung gandum, teh dan kopi]. Malaysian Journal of Analytical Sciences, 19 (2). pp. 300-308. ISSN 13942506

[img] Image
FH02-FPSK-15-02843.jpg
Restricted to Registered users only

Download (222kB) | Request a copy

Abstract

Pengambilan makanan yang mengandungi radionuklid boleh menyumbang kepada dos dalaman. Kajian berkaitan kandungan radionuklid dalam beberapa jenis makanan perlu dilakukan untuk melihat kesan yang bakal diterima oleh manusia. Objektif penyelidikan ini dijalankan adalah i) menentukan kepekatan aktiviti di dalam susu tepung, teh, tepung gandum dan kopi, ii) mengira dos dedahan tahunan melalui produk makanan tersebut dan risiko kanser sepanjang hayat rakyat Malaysia. Kepekatan aktivti radionuklid 226Ra, 238U, 232Th dan 40K ditentukan menggunakan kaedah spektrometri sinar gama. Hasil kajian mendapati purata kepekatan aktiviti dalam susu tepung, teh, tepung gandum dan kopi masing-masing adalah 1.6 ± 0.8, 3.3 ± 0.4, 1.2 ± 0.2, 2.1 ± 0.7 Bq kg-1 bagi 226Ra, 1.6 ± 0.2, 10.7 ± 3.3, 2.1 ± 0.6 dan 1.8 ± 0.2 Bq kg-1 bagi 238U, 1.8 ± 0.5, 9.5 ± 2.2, 1.9 ± 0.1, 2.2 ± 0.3 Bq kg-1 bagi 232Th dan 190.2 ± 49.6, 395.4 ± 11.9, 57.4 ± 28.5, 429.4 ± 305.5 Bq kg-1 bagi 40K. Dos dedahan dalaman tahunan bagi kanak-kanak melalui pengambilan susu tepung masing-masing adalah 63.5 µSv bagi 226Ra, 32.2 µSv bagi 232Th, 2.8 µSv bagi 238U dan 326.5 µSv bagi 40K. Manakala, dos dedahan dalaman tahunan bagi orang dewasa melalui pengambilan tepung gandum, teh dan kopi masing-masing adalah 13.7 µSv bagi 226Ra, 18.0 µSv bagi 232Th, 5.1 µSv tahun-1 bagi 238U dan 24.2 µSv tahun-1 bagi 40K. Dos dedahan kesemua radionuklid adalah 425 µSv tahun-1 bagi kanak-kanak dan 61.0 µSv tahun-1 bagi orang dewasa. Nilai ini memberikan faktor risiko kanser sebanyak 1.8 x 10-3 bagi kanak-kanak dan 1.7 x 10-4 bagi orang dewasa. Ia bermaksud kebarangkalian peningkatan risiko kanser sepanjang hayat sebanyak 0.18 % bagi kanak-kanak (18 orang dalam 10 000) dan 0.017 % bagi orang dewasa (1.7 orang dalam 10 000). Nilai-nilai ini adalah lebih rendah berbanding faktor risiko kanser ICRP bagi orang awam iaitu 2.5 x 10-3 dan jumlah risiko daripada semua sumber sinaran berdasarkan purata nilai dos tahunan dunia 2.4 mSv tahun-1 iaitu 6 x 10-3 . Oleh itu, kajian ini menunjukkan bahawa pengambilan susu tepung, tepung gandum, teh dan kopi tidak memberikan bahaya kesihatan yang signifikan dan dianggap selamat secara radiologi untuk diambil oleh manusia.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: radionuklid, kepekatan aktiviti, dos dedahan dalaman, risiko kanser, kanak-kanak, orang dewasa
Subjects: Q Science > QD Chemistry
Divisions: Faculty of Health Sciences
Depositing User: Syahmi Manaf
Date Deposited: 13 Sep 2022 04:42
Last Modified: 13 Sep 2022 04:42
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/5939

Actions (login required)

View Item View Item