Penciptaan Hawa Menurut Kitab Tafsir Dan Fakta Sains

Rosmalizawati, Abd. Rashid and Nurul Asyiqin, Yusof and Rosazra, Roslan (2018) Penciptaan Hawa Menurut Kitab Tafsir Dan Fakta Sains. International Social Science And Humanities Journal, 1 (1). pp. 11-22. ISSN 2637-0271

[img] Text
FH02-FKI-20-39147.pdf
Restricted to Registered users only

Download (783kB)

Abstract

Seringkali masyarakat mendengar ungkapan ’wanita dijadikan daripada rusuk nabi Adam’ sama ada di dalam kuliah-kuliah agama mahupun tulisan-tulisan yang berkait dengan hal-hal wanita dan keperempuanan. Namun, sejauh mana kebenaran ungkapan ini harus di analisa dan dijelaskan agar ia mampu menjernihkan kekeliruan serta tanggapan buruk terhadap wanita Islam seolah-olah mereka adalah ciptaan kelas kedua. Ini kerana, rata-rata masyarakat merasakan bahawa ia adalah sebahagian daripada inti pati al-Quran dan juga Hadith, bahkan dikatakan diambil dari kitab-kitab tafsir yang mu’tabar, namun tidak pula dijelaskan sumbernya setiap kali ia disebut mahupun ditulis. Oleh yang demikian, kertas kerja ini bertujuan untuk mengenal pasti sumbernya dan memfokuskan perbincangan terhadap isi kandungannya menurut perspektif ilmiah dan disesuaikan dengan penemuan saintifik terhadap isu tersebut. Adalah diharapkan menerusi kertas kerja yang berasaskan kepada kajian perpustakaan di dalam dua bidang iaitu ilmu wahyu dan sains ini dapat menyumbang ilmu yang bermanfaat kepada masyarakat secara umumnya dan dunia Islam secara khususnya.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Wanita, Kitab Tafsir, Tulang Rusuk, Ilmu Wahyu dan Sains.
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Rafidah M.Saaid
Date Deposited: 17 Feb 2022 01:16
Last Modified: 17 Feb 2022 01:16
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/5521

Actions (login required)

View Item View Item