Metod Penulisan Sa‘id Hawwa Berhubung Kekeluargaan Islam Menerusi Karyanya Qawanin al-Bayt al-Muslim

Wan Mohd Yusof, Wan Chik and Engku Ahmad Zaki, Engku Alwi (2018) Metod Penulisan Sa‘id Hawwa Berhubung Kekeluargaan Islam Menerusi Karyanya Qawanin al-Bayt al-Muslim. Jurnal Islam Dan Masyarakat Kontemporari (JIMK), 17 (1). pp. 69-79. ISSN 2289-6325

[img] Text
FH02-INSPIRE-20-42301.pdf
Restricted to Registered users only

Download (215kB)

Abstract

Islam adalah sebuah agama yang sangat mementingkan kesejahteraan keluarga. Perbahasan berhubung tatatertib dan undang-undang dalam sebuah keluarga telah dibahaskan dengan panjang lebar dalam kitab-kitab kekeluargaan Islam. Tumpuan perbahasan biasanya menjurus kepada aspek hukum dan nilai-nilai umum. Jarang sekali ia disusun dalam bentuk perlembagaan ataupun polisi yang boleh dijadikan satu garis panduan sesebuah keluarga. Antara tokoh pendakwah Islam yang terkenal dengan keberkesanan metod dalam penulisan berhubung kekeluargaan ialah Said Hawwa. Justeru kajian ini akan membuat analisis kandungan terhadap metod penulisan beliau menerusi bukunya Qawanin al-Bayt al-Muslim. Kajian bersifat kualitatif ini menggunakan metod induktif, deduktif serta komparatif. Hasilnya, kajian mendapati metod yang digunakan Sa‘Êd ×awwÉ ini sangat relevan untuk diaplikasikan dalam penulisan kekeluargaan yang lain. Penulisan beliau yang mudah, ringkas serta padat bukan sahaja dilihat menepati kehendak masyarakat sekarang bahkan ia boleh dijadikan panduan kepada para pendakwah moden dalam berhadapan dengan mad’u mereka.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Metod Penulisan, Kekeluargaan Islam, Sa‘id Hawwa, Qawanin al-Bayt al-Muslim
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman
Depositing User: Rafidah M.Saaid
Date Deposited: 17 Feb 2022 00:59
Last Modified: 17 Feb 2022 00:59
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/5518

Actions (login required)

View Item View Item