Pemeliharaan Hutan Dalam Kalangan Masyarakat Semaq Beri Di Terengganu, Malaysia (Forest Conservation Among the Semaq Beri Community in Terengganu, Malaysia)

Ramle, Abdullah and Mohamad Hafis, Amat Simin and Asmawi, Ibrahim (2014) Pemeliharaan Hutan Dalam Kalangan Masyarakat Semaq Beri Di Terengganu, Malaysia (Forest Conservation Among the Semaq Beri Community in Terengganu, Malaysia). Geografia: International Journal of Society and Space, 10 (3). pp. 113-124. ISSN 2180-2491

[img] Text
FH02-FSSG-14-00970.pdf
Restricted to Registered users only

Download (100kB) | Request a copy
[img] Image
FH02-FSSG-14-01037.jpg
Restricted to Registered users only

Download (105kB) | Request a copy

Abstract

Suku kaum Semaq Beri di negeri Terengganu adalah antara komuniti Orang Asli di Semenanjung Malaysia yang banyak bergantung kepada hutan untuk memenuhi keperluan makanan dan pendapatan. Kajian ini dilakukan untuk menyelami pemikiran suku kaum Semaq Beri tentang hutan berasaskan persoalan berikut: (i) Apakah konsep hutan dari perspektif mereka? (ii) Bagaimanakah sikap mereka untuk memastikan kelestarian hutan? Data kajian dikumpul menggunakan kaedah pemerhatian, pemerhatian ikut serta dan temu bual mendalam dengan 20 responden utama yang mewakili suku Semaq Beri di Kg. Sg. Pergam, Kemaman and Kg. Sg. Berua, Hulu Terengganu. Hasil kajian menunjukkan suku kaum Semaq Beri mempunyai pemikiran yang tersendiri berkenaan persekitaran hutan dalam kehidupan mereka. Antara lain, kepelbagaian biologi hutan dipercayai anugerah kuasa ghaib untuk kesenangan dan keharmonian hidup manusia, iaitu membekalkan keperluan seperti makanan, pendapatan, ubat-ubatan dan sumber lain. Justeru itu hutan rimba sering diibaratkan sebagai ‘bank’, iaitu sebagai institusi tempat individu menyimpan sumber kekayaan yang boleh dikeluarkan apabila perlu. Berasaskan persepsi sedemikian juga pendekatan suku kaum Semaq Beri dalam meneroka, memelihara dan menjaga kelestarian hutan terbentuk supaya manfaatnya dapat dinikmati oleh generasi masa kini dan akan datang.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: hutan, kepelbagaian biologi, Orang Asli, pemuliharaan hutan, kelestarian hutan, Semaq Beri
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General)
Divisions: Faculty of Applied Social Sciences
Depositing User: Syahmi Manaf
Date Deposited: 13 Sep 2022 05:22
Last Modified: 13 Sep 2022 05:22
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/5441

Actions (login required)

View Item View Item