Program Akademik Bahasa Arab Peringkat Tinggi Di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM): Satu Tinjauan Terhadap Respons Pelajar

Mohd Shahrizal, Nasir and Muhammad Sabri, Sahrir and Nurkhamimi, Zainuddin (2016) Program Akademik Bahasa Arab Peringkat Tinggi Di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM): Satu Tinjauan Terhadap Respons Pelajar. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah (JSASS), 3 (2). pp. 32-49. ISSN 2289-8042

[img] Text
FH02-FBK-17-08201.pdf
Restricted to Registered users only

Download (910kB)

Abstract

Kursus bahasa Arab sebagai program sarjana muda telah ditawarkan di kebanyakan universiti awam (UA) di Malaysia dengan pelbagai nama program (nomenclature) yang berbeza bergantung kepada falsafah universiti dan objektif penawaran program akademik itu sendiri. Namun begitu, program akademik ini telah ditawarkan oleh universiti-universiti di Timur Tengah sejak sekian lama. Kajian ini dijalankan dalam kalangan para pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang mengambil pengkhususan Bahasa Arab dan Kesusasteraan (BARB) daripada tahun 1 hingga 4 di Kulliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan (KIRKHS) bagi mengkaji keberkesanan dan maklum balas para pelajar terhadap program akademik yang telah ditawarkan ini sejak tahun 1990.Responden kajian ini dipilih daripada kalangan para pelajar Bahasa Arab yang mengambil subjek Aplikasi Komputer dalam di Jabatan Bahasa Arab dan Kesusasteraan atau ARAB 2124 dalam semester 2, 2014/2015 yang berjumlah 70 orang. Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik yang terdiri daripada soalan tertutup (close-ended) dan terbuka (open-ended). Secara umumnya, para pelajar berpuas hati dengan penawaran kursus ini di samping turut memberikan cadangan penambahbaikan untuk program ini pada masa hadapan.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Program akademik, bahasa Arab, objektif program, penilaian kurikulum, pendidikan.
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
P Language and Literature > P Philology. Linguistics
P Language and Literature > PJ Semitic
Divisions: Faculty of Languages & Communication
Depositing User: Rafidah M.Saaid
Date Deposited: 13 Feb 2022 07:47
Last Modified: 13 Feb 2022 07:47
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/5384

Actions (login required)

View Item View Item