Aminuddin, Mustaffa (2016) Umur Minimum Tanggungjawab Jenayah Kanakkanak: Menilai Undang-Undang Malaysia Dari Perspektif Undang-Undang Antarabangsa. Kanun Jurnal Undang-Undang, 28 (1). pp. 43-67. ISSN 0128-2670
Text
FH02-FUHA-17-08371.pdf Restricted to Registered users only Download (461kB) |
Abstract
Umur minimum tanggungjawab jenayah merujuk tahap usia kanak-kanak boleh secara munasabah dan adil dikenakan liabiliti atas tindakan jenayah yang mereka lakukan. Sehingga sekarang, penentuan umur minimum tanggungjawab jenayah kanak-kanak masih lagi kekal sebagai isu kontroversi dalam kalangan sistem keadilan juvenil di seluruh dunia. Praktis dalam sistem keadilan jenayah juvenil yang sedia ada menunjukkan tiada keseragaman dalam memilih dan menetapkan umur minimum tanggungjawab jenayah. Rujukan instrumen antarabangsa menunjukkan terdapat prinsip dan garis panduan yang ditetapkan dalam penentuan umur minimum tanggungjawab jenayah kanak-kanak. Oleh itu, makalah akan cuba meneliti aspek berkaitan dengan prinsip dan panduan yang digariskan oleh instrumen antarabangsa dalam perkara ini. Seterusnya, makalah ini juga akan menganalisis sejauh manakah rangka kerja undang-undang Malaysia mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh undang-undang antarabangsa, sekali gus cuba mengenal pasti ruang penambahbaikan undang-undang dan polisi yang sedia ada.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | kanak-kanak, jenayah, tanggungjawab, undang-undang antarabangsa, umur minimum |
Subjects: | K Law > K Law (General) |
Divisions: | Faculty of Law & International Relations |
Depositing User: | Rafidah M.Saaid |
Date Deposited: | 13 Feb 2022 02:04 |
Last Modified: | 13 Feb 2022 02:04 |
URI: | http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/5327 |
Actions (login required)
View Item |