Aktiviti dakwah jakim terhadap masyarakat orang asli: Pelaksanaan dan cabarannya

Jamilah, Mohd Zain and Engku Ahmad Zaki, Engku Alwi (2017) Aktiviti dakwah jakim terhadap masyarakat orang asli: Pelaksanaan dan cabarannya. Malaysian Journal for Islamic Studies, 1 (1). pp. 45-61. ISSN 2550-2042

[img] Text
FH02-FKI-17-09339.pdf
Restricted to Registered users only

Download (387kB)

Abstract

Kajian ini adalah bertujuan melihat aktiviti atau program dakwah yang dilaksanakan oleh JAKIM kepada masyarakat Orang Asli di samping mengkaji apakah cabaran-cabaran yang dihadapi oleh JAKIM dalam usaha berdakwah kepada golongan tersebut. Kajian ini adalah penting untuk mempastikan aktiviti dakwah JAKIM kepada masyarakat Orang Asli selama ini telah mencapai matlamat sepenuhnya. Bagi mencapai tujuan tersebut, penulis telah menggunakan dua kaedah utama pengumpulan data iaitu kajian lapangan dan kajian dokumen. Dalam kajian lapangan penulis menggunakan metode temu bual dan pemerhatian serta melalui sesi lawatan atau penyertaan bersama mereka dalam aktiviti yang dijalankan supaya maklumat yang diperolehi lebih tepat. Begitu juga pencarian maklumat diperoleh daripada dokumen yang disediakan oleh pihak JAKIM seperti laporan tahunan, minit mesyuarat, kertas kerja, senarai takwim dan lainlain untuk lebih memantapkan lagi hasil kajian ini. Hasil daripada kajian ini, penulis mendapati telah banyak aktiviti atau program yang dilaksanakan oleh pihak JAKIM terhadap golongan sasaran. Secara keseluruhannya dapat dibuat kesimpulan bahawa walaupun aktiviti dakwah kepada masyarakat Orang Asli telah banyak dilakukan oleh JAKIM, namun sambutan dan penghayatan mereka kepada ajaran Islam masih lagi lemah dan berada di tahap yang rendah.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Aktiviti Dakwah, JAKIM, Orang Asli, Cabaran
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General)
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Fatin Safura
Date Deposited: 10 Feb 2022 02:11
Last Modified: 10 Feb 2022 02:11
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/5295

Actions (login required)

View Item View Item