Penguasaan frasa al-idhāfah (aneksi) dalam kalangan pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Shekarma, Abdullah and Che Radiah, Mezah and Ab. Halim, Mohamad and Kamarul Shukri, Mat Teh (2015) Penguasaan frasa al-idhāfah (aneksi) dalam kalangan pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, 9 (1). pp. 101-139. ISSN 1985-7667

[img] Text
FH02-FKI-16-06119.pdf
Restricted to Registered users only

Download (483kB)

Abstract

Penguasaan frasa yang mantap dalam sesuatu bahasa adalah sangat penting bagi memperkukuhkan lagi penguasaan terhadap bahasa tersebut. Ini kerana, pelbagai aspek perlu dipertimbangkan sebelum sesuatu frasa itu dapat dikuasai sama ada dalam penulisan mahupun pertuturan. Pelbagai kajian telah melaporkan tentang kelemahan para pelajar dalam penguasaan frasa. Justeru, kajian ini memberi pemfokusan kepada penguasaan dalam satu jenis frasa nama sahaja iaitu frasa alidhāfah ataupun juga dikenali sebagai frasa aneksi. Kajian kuantitatif yang bersifat deskriptif ini dijalankan ke atas 186 orang pelajar tahun akhir, jurusan pengajian Islam, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin. Data kajian dikumpul melalui pelaksanaan satu set soalan ujian bertulis berkaitan dengan frasa al-idhāfah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa majoriti pelajar berada pada tahap rendah (lemah) dalam penguasaan frasa al-idhāfah secara keseluruhannya, sama ada mengikut pembahagian markah, gred, tahap penguasaan, dan juga mengikut konstruk-konstruk soalan yang telah dibina. Kajian ini diharap dapat menjadi satu pencetus idea kepada pengkaji-pengkaji dalam memajukan lagi industri pengajaran dan pembelajaran yang lebih inovatif pada masa akan datang.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: frasa al-idhāfah/ frasa aneksi; bahasa Arab; al-idhāfah
Subjects: N Fine Arts > NX Arts in general
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Fatin Safura
Date Deposited: 07 Feb 2022 02:04
Last Modified: 07 Feb 2022 02:04
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/5130

Actions (login required)

View Item View Item