Evolusi Teknologi Dan Seni Perfileman

Abdullah Sani, Kamaluddin and Mohd Hisham, Omar (2016) Evolusi Teknologi Dan Seni Perfileman. Teniat International Journal Of Creative Futures And Heritage, 4 (2). pp. 103-113. ISSN 2289-4527

[img] Text
FH02-FRIT-17-11363.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB)
[img] Text
FH02-FRIT-17-11364.pdf
Restricted to Registered users only

Download (198kB)

Abstract

Penulisan ini adalah berkaitan perkembangan teknologi seni perfileman yang merangkumi aspek pembelajaran, penggunaan dan kreativiti dalam kemajuan industri hiburan di Malaysia. Suasana sambutan yang kurang memberangsangkan sejak akhir-akhir ini khususnya dari masyarakat melayu terhadap seni persembahan tanah air seperti filem, teater, muzik dan lain-lain hiburan memberi impak yang kurang baik kepada industri seni hiburan. Sekali gus akan memberi kesan yang buruk kepada seni budaya tanah air. Filem kita belum pernah memenangi anugerah filem terbaik di Festival Filem Asia Pacific. Pencapaian kita dalam seni perfileman terbukti lemah dan ketinggalan jika dibandingkan dengan hasil karya filem-filem dari Iran, Hong Kong, Jepun, India mahupun dari jiran serumpun seperti Indonesia dan Singapura. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah kualitatif (temubual tidak berstruktur). Responden 30 penonton dibeberapa pawagam sekitar lembah Klang serta pertemuan dan temubual dengan 3 orang pengarah filem iaitu Rosyam Nor (Suhan Movies), Ahmad Idham (AIFA) dan Zaidah Awang (A.Aida Production) merupakan pakar dalam seni persembahan. Penyelidikan ini dapat membantu mengumpulkan data serta menganalisisnya demi mengutarakan hujah-hujah dan jawapan tepat dan berfaedah. Hasil dari kajian mendapati bahawa seni persembahan melalui filem atau teater kurang mendapat sambutan kerana mutu dan kualiti karya yang yang dipasarkan terlalu rendah jika dibandingkan dengan filem-filem dari luar. Penyelidik telah mengenalpasti aspek utama yang harus diberi perhatian iaitu kurang penggunaan mesin teknologi dan kepakaran menggunakan movie making software. Penggunaan kedua-dua teknologi ini akan membantu bagi menghasilkan keberkesanan proses sesebuah persembahan. Hasil seni persembahan yang baik bermula dari menajamkan alat-alat perkakasan hingga kepada pemasangan komputer yang dibantu oleh kecekapan tangan dan fikiran. Gabungan secara langsung melibatkan kesepaduan seni dan teknologi terkini boleh mewujudkan disiplin seni serta memberi harapan baru kepada pengiat seni persembahan tanah air

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Teknologi, Seni persembahan, Teknik, Filem, Teater
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > PN1993 Motion Pictures
T Technology > T Technology (General)
Divisions: Faculty of Innovative Design & Technology
Depositing User: Rafidah M.Saaid
Date Deposited: 06 Feb 2022 02:12
Last Modified: 06 Feb 2022 02:12
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/5058

Actions (login required)

View Item View Item