Institusi pendidikan Islam dan fungsinya sebagai sumber pengetahuan ilmu faraid dalam kalangan masyarakat Islam di Pulau Duyong, Kuala Terengganu

Mohd Ali, Mohd Yusuf and Basri, Ibrahim (2015) Institusi pendidikan Islam dan fungsinya sebagai sumber pengetahuan ilmu faraid dalam kalangan masyarakat Islam di Pulau Duyong, Kuala Terengganu. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, 10 (1). pp. 49-67. ISSN 1985-7667

[img] Text
FH02-FKI-15-04553.pdf
Restricted to Registered users only

Download (481kB)

Abstract

Ilmu Faraid adalah salah satu cabang ilmu yang penting di dalam Islam. Walau bagaimanapun ilmu ini semakin terhakis kerana sumber untuk mempelajarinya semakin terhad. Kajian ini bertujuan untuk meninjau sumber atau kaedah memperolehi pengetahuan ilmu faraid bagi masyarakat Islam di Pulau Duyong, Kuala Terengganu. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan lapangan dengan pendekatan kuantitatif. Borang soal selidik telah diedarkan kepada 345 orang responden di Pulau Duyong, Kuala Terengganu. Data yang diperolehi kemudiannya dianalisis secara deskriptif dengan kaedah analisis min, sisihan piawai, peratus dan skor min menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS). Hasil kajian yang diperolehi merumuskan bahawa sumber pengetahuan ilmu faraid dalam kalangan masyarakat Islam di Pulau Duyong, Kuala Terengganu adalah melalui kaedah pengajian tidak formal seperti melalui pengajian di masjid dan surau, dan perbincangan dengan guru-guru agama. Kajian merumuskan bahawa masyarakat Islam di Pulau Duyong, Kuala Terengganu masih terikat dengan kaedah tradisional untuk memperolehi pengetahuan tentang ilmu faraid secara khususnya dan ilmu agama secara umumnya. Justeru usaha perlu ditingkatkan untuk menyampaikan ilmu faraid melalui kaedah yang lebih sistematik bagi mengelakkan ilmu ini diabaikan oleh masyarakat. Ini kerana ilmu faraid menjadi tunjang bagi masyarakat Islam menguruskan harta peninggalan si mati dengan lancar.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Sumber pengetahuan, ilmu faraid, masyarakat Islam dan Pulau Duyong
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General)
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Fatin Safura
Date Deposited: 03 Feb 2022 04:13
Last Modified: 03 Feb 2022 04:13
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/5029

Actions (login required)

View Item View Item