Hukum Boikot Barangan Berdasarkan Fiqh Al Jihad

Anas, Mohd Yunus and Najihah, Abd Wahid and Wan Saifuldin, W.H. (2014) Hukum Boikot Barangan Berdasarkan Fiqh Al Jihad. JURNAL PENGURUSAN DAN PENYELIDIKAN FATWA INFAD USIM, 1 (1). pp. 1-26. ISSN 2232-1047

[img] Text
FH02-FKI-18-20207.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Kajian ini adalah untuk menentukan hukum boikot barangan Israel berdasarkan kepada disiplin jihad fi sabilillah. Boikot barangan Israel merupakan satu kempen pemulauan pembelian barangan khususnya ke atas barangan pengeluar-pengeluar yang menyokong rejim Zionis Israel melalui sokongan dana, pelaburan dan moral. Ia digerakkan oleh umat Islam untuk memberikan sokongan kepada rakyat Palestin dan membantah perbuatan rejim Zionis yang membunuh rakyat Palestin dan merampas tanah-tanah mereka terutamanya dalam siri-siri intifadah dan serangan ke atas Gaza. Kajian ini menilai hukum boikot daripada perspektif fiqh al-jihad dan melihat perubahan-perubahan hukum fardu ain dan fardu kifayah berikutan faktor-faktor keadaan dan tempat. Ini berikutan berlaku kekeliruan terhadap kedudukan jihad di Palestin khususnya yang melibatkan boikot. Justeru, satu pencerahan berkaitan isu ini amat penting untuk dinilai secara ilmiah. Kajian berbentuk kualitatif dengan menggunakan kaedah rujukan dokumen sebagai kaedah utama. Data dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan dengan mengaplikasikan kaedah usul fiqh sebagai teras utama di samping merujuk kepada perbahasan-perbahasan fiqh yang sedia ada. Hasil kajian menunjukkan secara umumnya, hukum boikot barangan Israel dan pendukung-pendukungnya menjadi fardu ain ke atas setiap umat Islam.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Boikot, Palestin, jihad, fardu ain, fardu kifayah
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Rafidah M.Saaid
Date Deposited: 03 Feb 2022 03:01
Last Modified: 03 Feb 2022 03:01
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/5020

Actions (login required)

View Item View Item