Faktor-faktor yang mempengaruhi motivasi terhadap pembelajaran bahasa arab

Abdul Hakim, Abdullah and Ab. Aziz, Sulaiman and Wan Ismail, Wan Abdullah (2015) Faktor-faktor yang mempengaruhi motivasi terhadap pembelajaran bahasa arab. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, 10 (1). pp. 104-121. ISSN 2289 6325

[img] Text
FH02-FIK-15-03869.pdf
Restricted to Registered users only

Download (299kB)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang membentuk motivasi terhadap pembelajaran bahasa Arab dalam kalangan pelajar peringkat menengah rendah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Naim Lilbanat, Kota Bharu, Kelantan. Bagi mencapai tujuan tersebut, empat objektif telah digariskan iaitu mengenalpasti tahap pencapaian pelajar bagi mata pelajaran Bahasa Arab, mengenalpasti tahap minat pelajar terhadap mata pelajaran Bahasa Arab, mengenalpasti faktorfaktor yang mempengaruhi motivasi pelajar terhadap mata pelajaran Bahasa Arab dan menguji hubungan tahap motivasi pelajar dengan pencapaian Bahasa Arab. Kajian ini berbentuk kuantitatif dan menggunakan soalselidik sebagai alat pengumpulan data. Seramai 93 orang pelajar peringkat menengah rendah di SMKA Naim Lilbanat telah dipilih secara rawak mudah sebagai sampel yang merupakan 40% daripada jumlah populasi kajian. Satu kajian rintis telah dijalankan bagi menjamin kualiti kebolehlaksanaan, keesahan dan kebolehpercayaan instrumen. Keesahan instrumen diperoleh secara merujuk kepada 10 orang pakar bidang. Nilai koefisien kebolehpercayaan item diperoleh pada tahap tinggi iaitu 0.86 daripada ujian Alpha Cronbach menggunakan perisian SPSS versi 19. Kajian ini mendapati 88 orang (94.6%) responden mempunyai pencapaian yang baik dalam mata pelajaran Bahasa Arab. Kajian ini juga mendapati 78 orang (83.9%) responden mempunyai tahap minat yang baik terhadap mata pelajaran Bahasa Arab. Lima faktor yang paling mempengaruhi motivasi pelajar secara turutan menurun ialah: sikap terhadap mata pelajaran Bahasa Arab yang dianggap penting, persekitaran bahasa Arab, sikap terhadap mata pelajaran Bahasa Arab yang dianggap mudah dipelajari dan difahami, kesedaran diri dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Ujian korelasi Pearson memperlihatkan wujud hubungan positif yang signifikan pada kadar sederhana antara tahap motivasi dan pencapaian Bahasa Arab dalam kalangan pelajar peringkat menengah rendah di SMKA Naim Lilbanat.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: faktor; motivasi; pencapaian pelajar; pembelajaran bahasa Arab; sikap.
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
P Language and Literature > P Philology. Linguistics
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Fatin Safura
Date Deposited: 31 Jan 2022 04:10
Last Modified: 31 Jan 2022 04:10
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/4983

Actions (login required)

View Item View Item