Sastera Sebagai Sumber Ilmu: Satu Tinjauan Terhadap Sorotan Pengertian Al-Adab

Mohd Shahrizal, Nasir and Rahmah, Ahmad H. Osman (2014) Sastera Sebagai Sumber Ilmu: Satu Tinjauan Terhadap Sorotan Pengertian Al-Adab. Jurnal Universiti Islam Sultan Sharif Ali, 3 (1). pp. 1-29. ISSN 2225-773X

[img] Text
FH02-FBK-17-07837.pdf
Restricted to Registered users only

Download (2MB)

Abstract

Sastera merupakan antara bidang kesenian yang mampu menggambarkan pemikiran, perasaan, malah kepercayaan manusia. Sastera menjadi antara medium berkesan bagi menyerlahkan identiti sesuatu kelompok masyarakat. Persepsi yang menyatakan bahawa sastera merupakan medium untuk mencapai keseronokan dan hiburan sahaj a haruslah ditolak kerana hakikatnya, sastera merupakan cumber ilmu yang boleh dimanfaatkan oleh manusia. Perkara ini semakin jelas apabila diterokai konotasi makna "al-adab" menerusi beberapa zaman bermula dari zaman Jahiliah sehingga era Moden menurut kesusasteraan Arab. Makalah ini akan meninjau pengertian kalimah "al-adab" yang kini diterjemahkan sebagai "kesusasteraan" bagi menyerlahkan fungsi sebenar sastera menurut kesusasteraan Arab. Makalah ini dapat menyimpulkan bahawa, konsep "al-adab" sebagai wadah berkesan dalam proses penyebaran ilmu pengetahuan haruslah dikembalikan sebagaimana yang difahami daripada makna asalnya menerusi sorotan sejarah kesusasteraan Arab. Istilah "sastera" telah dijelaskan fungsinya iaitu untuk mendidik masyarakat ke arah nilai-nilai yang mumi dan terpuji (al-mahamid) dan menghindarkan mereka daripada sifat-sifat tercela (al-maqabih). Perkara ini seharusnya turut diaplikasikan dalam kesusasteraan Melayu agar sastera ten's berfungsi sebagai wadah penyampaian ilmu yang bermanfaat kepada anggota masyarakat.

Item Type: Article
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BD Speculative Philosophy
P Language and Literature > PN Literature (General)
Divisions: Faculty of Languages & Communication
Depositing User: Rafidah M.Saaid
Date Deposited: 30 Jan 2022 08:34
Last Modified: 30 Jan 2022 08:34
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/4963

Actions (login required)

View Item View Item