Cabaran media baru sebagai medium pembelajaran agama dan penyelesaiannya dari perspektif Islam

Fadzli, Adam and Ab Hamid, Ali and Marhana Mohamed, Anuar and Engku Muhammad Tajuddin, Engku Ali (2015) Cabaran media baru sebagai medium pembelajaran agama dan penyelesaiannya dari perspektif Islam. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, 9 (1). pp. 12-23. ISSN 2289-6325

[img] Text
FH02-FKI-15-03229.pdf
Restricted to Registered users only

Download (179kB)

Abstract

Kempen kesedaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) telah dilancarkan oleh mantan Perdana Menteri, Dato‟ Seri Dr Mahathir Mohamed pada 11 Oktober 1997 bertujuan untuk memberi manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia. Hasilnya, TMK kini diaplikasikan secara menyeluruh dalam pelbagai bidang kehidupan. Penulisan ini bertujuan untuk meneliti isu-isu penggunaan media baru sebagai medium pembelajaran agama serta cadangan penyelesaian dari perspektif Islam ekoran permasalahan yang timbul dalam penggunaannya. Perkembangan semasa menunjukkan pengguna semakin dekat dengan media baru dan penggunaannya telah menjangkau kepada perbahasan yang berkaitan dengan agama serta keperluannya dalam kehidupan seharian. Walaubagaimanapun, media baru mempunyai kesan pro dan kontra terhadap pengguna terutama dari sudut kandungan maklumat, sumber serta beberapa ciri lain yang ada padanya sebagai media sosial. Justeru, kegunaan media sosial untuk menyebarkan maklumat agama serta pelbagai aktiviti dalam proses transformasi dakwah secara atas talian dari pandangan pengguna dan kaedah penyelesaiannya dari perspektif Islam akan dibincangkan dengan lebih mendalam dalam penulisan ini. Hasil penulisan ini dapat dijadikan panduan asas oleh golongan pendakwah serta masyarakat Islam dalam menerima dan menggunakan maklumat atas talian sebagai medium pengajaran dan pembelajaran agama.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: New media, Islamic shariah, Dakwah, religious teaching and learning, Internet
Subjects: L Education > L Education (General)
L Education > LB Theory and practice of education
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Fatin Safura
Date Deposited: 26 Jan 2022 01:42
Last Modified: 26 Jan 2022 01:42
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/4881

Actions (login required)

View Item View Item