Pengaruh Faktor Keruangan Dan Masa Dalam Menentukan Kadar Pintasan Hujan Di Kanopi Hutan Dipterokarpa, Tasik Chini Pahang (Influence of Spatial and Temporal Factors in Determining Rainfall Interception at Dipterocarp Forest Canopy, Lake Chini, Pahang)

Mohd Khairul Amri, Kamarudin and Mohd Ekhwan, Toriman and Nor Azlina, Abdul Aziz (2013) Pengaruh Faktor Keruangan Dan Masa Dalam Menentukan Kadar Pintasan Hujan Di Kanopi Hutan Dipterokarpa, Tasik Chini Pahang (Influence of Spatial and Temporal Factors in Determining Rainfall Interception at Dipterocarp Forest Canopy, Lake Chini, Pahang). The Malaysian Journal of Analytical Sciences, 17 (1). pp. 11-23. ISSN 1394-2506

[img] Text
FH02-FBIM-16-06773.pdf
Restricted to Registered users only

Download (960kB)
[img] Image
FH02-FBIM-16-06774.jpg
Restricted to Registered users only

Download (185kB)
[img] Text
FH02-FBIM-16-06775.pdf
Restricted to Registered users only

Download (960kB)

Abstract

Kehilangan air hujan oleh proses pintasan dipengaruhi oleh dua mekanisme utama iaitu ciri iklim dan ciri fisiografi tumbuhan. Ciri iklim yang mempengaruhi kehilangan pintasan adalah jumlah curahan hujan (mm), kelajuan angin (m/s) dan suhu sekitar (°C). Ciri fisiografi tumbuhan yang mempengaruhi kehilangan pintasan pula terdiri daripada ketinggian, kulit, diameter, kanopi, ranting dan dahan pokok. Dengan melihat peranan iklim dan ciri fisiografi tumbuhan dalam proses pintasan, kajian ini dijalankan untuk mengukur kadar jatuhan langsung (mm), aliran batang (mm) dan pintasan hujan (mm) serta faktor yang mempengaruhinya. Penilaian jatuhan langsung dan pintasan hujan dilakukan di atas plot kajian bersaiz 100 x 100 meter di Hutan Dipterokap Tasik Chini, Pahang. Kajian ini dilakukan bermula dari bulan Oktober 2009 hingga Januari 2010. Tiga puluh pokok telah dikenalpasti dan dipilih sebagai sampel kajian aliran batang berdasarkan spesies, famili, diameter aras dada (DBH) serta kepadatan dan saiz kanopi. Empat set jatuhan langsung digunakan untuk melakukan pengukuran jatuhan langsung. Hasil kajian mendapati nilai jatuhan langsung (TF) dan aliran batang (SF) yang direkodkan pada empat kali kejadian hujan pada bulan Oktober 2009 ialah 0.66 % (TF) dan 99.34 % (SF), November 2009 - 0.54% (TF) dan 99.46% (SF), Disember 2009 – 0.72% (TF) dan 99.28 % (SF) dan bulan Januari 2010 - 0.49% (TF) dan 99.51% (SF). Analisis statisitik juga menunjukkan wujudnya hubungan antara jumlah curahan hujan kasar dengan pintasan pada aras signifikan 0.571 (r2 ) bagi bulan Disember 2009. Kajian ini membekalkan maklumat penting berkaitan dengan kitaran hidrologi dan bagaimana kanopi pokok bertindak sebagai medium pengimbang air dalam kawasan hutan.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: jatuhan langsung, aliran batang, pintasan, dipterokarpa, keruangan dan masa
Subjects: Q Science > Q Science (General)
Depositing User: Syahmi Manaf
Date Deposited: 13 Sep 2022 05:22
Last Modified: 13 Sep 2022 05:22
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/4831

Actions (login required)

View Item View Item