Modul i-kasih sebagai sokongan kepada keluarga penagih opiat dalam pemulihan

Farah Syazrah, Mohd Ghazalli and Abdul Wahab, Md. Ali and Wan Nor Jazmina, Wan Ariffin and Norizan, Abdul Ghani and Berhanundin, Abdullah and Wan Mohd Yusof, Wan Chik and Zulkifli, Mohd (2021) Modul i-kasih sebagai sokongan kepada keluarga penagih opiat dalam pemulihan. In: International Webinar Community Development in South East Asia, 24-25 May 2021, Online Webinar.

[img] Image
FH03-PPT-21-53568.png
Restricted to Registered users only

Download (606kB)
[img] Text
FH03-PPT-21-53567.pdf
Restricted to Registered users only

Download (404kB)

Abstract

Pemulihan ketagihan opiat adalah sepanjang hayat, melibatkan aspek fizikal, psikologikal dan spiritual. Pemulihan fizikal berkait rapat dengan rawatan klinikal sementara psikologikal dan spiritual memerlukan sokongan luar seperti bantuan keluarga. Penglibatan keluarga dalam membantu pemulihan sentiasa menjadi isu apabila tidak ramai keluarga mempunyai kepakaran khusus untuk membantu pemulihan, terutama bagi penagih yang menjalani pemulihan di luar institusi. Objektif modul ini adalah membincangkan pembinaan modul i-Kasih sebagai sokongan kepada keluarga penagih opiat dan menilai keberkesanan modul i-kasih terhadap sokongan sosial keluarga. Metodologi yang digunakan adalah kaedah kuantitatif, data dikumpul menerusi soal selidik ke atas 35 orang peserta di Kuala Terengganu yang berjaya mengikuti modul i-Kasih dengan sepenuhnya. Modul ini berteraskan kerohanian dan terbahagi kepada enam unit modul. Kesemua unit modul ini mempunyai fokus berbeza seperti konsep keluarga sejahtera menurut Islam, bentuk sokongan sosial, psikologi dakwah dan pendekatan rawatan klinikal dan rawatan Islam. Modul i-Kasih yang dibina berdasarkan pengalaman dan keperluan keluarga penagih berupaya membantu meningkatkan sokongan sosial kepada keluarga penagih opiat. Oleh itu, modul ini berpotensi untuk laksanakan kepada keluarga yang mempunyai masalah yang sama agar keluarga mampu meningkatkan sokongan sepanjang pemulihan penagih opiat.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
H Social Sciences > HM Sociology
H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman
Depositing User: Fatin Safura
Date Deposited: 11 Jan 2022 03:46
Last Modified: 11 Jan 2022 03:46
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/4436

Actions (login required)

View Item View Item