Dhikr Allah Dan Tafakkur Dan Hubungannya Dengan Keimanan Haqiqi Menurut Said Nursi

Mohd Shaifulbahri, Abdullah and Syed Hadzrullathfi, Syed Omar (2015) Dhikr Allah Dan Tafakkur Dan Hubungannya Dengan Keimanan Haqiqi Menurut Said Nursi. In: International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21st Century, 6 - 7 September 2015, UNISZA.

[img] Text
FH03-FKI-18-13134.pdf
Restricted to Registered users only

Download (265kB)

Abstract

Dhikr Allah dan tafakkur merupakan dua amalan yang penting dalam syariat Islam. Dengan sentiasa mengingati Allah SWT seseorang akan mendapat keredhaan dan keberkatanNya. Terdapat banyak ayat-ayat al-Quran dan hadis menyuruh dan menggesa supaya setiap muslim melakukan kedua-dua amalan ini. Kajian ini bertujuan mengetengahkan pandangan salah seorang tokoh Islam, iaitu Said Nursi mengenai amalan dhikr Allah dan tafakkur dalam mendekatkan diri kepada Allah serta memupuk keimanan haqiqi. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah analisis kandungan dengan merujuk kepada karya beliau berjudul “Anwar al-Haqiqah: Mabahith Fi al-Tasawwuf wa al-Suluk”. Kajian menunjukkan bahawa tokoh ini mempunyai dimensi tersendiri dalam ilmu tasawuf dan mempunyai ikatan silsilah kerohanian dalam tarekat sejak kecil lagi kerana kedua-dua orang tuanya merupakan orang yang alim. Kajian menyimpulkan bahawa ketokohan beliau dalam ilmu tasawuf sangat tinggi dan beliau banyak melakukan tafakkur dan berkhalwat dalam mendekatkan diri kepada Allah serta membina keimanan haqiqi. Sebahagian masanya dihabiskan di rumah atau keluar dan pergi ke pergunungan untuk memohon petunjuk dan hidayah daripada Allah SWT. Selain daripada itu, beliau berpendapat bahawa metode tafakkur merupakan salah satu daripada fasal mengenal dan mencintai Allah SWT (Mahabbah Allah).

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 22 Oct 2020 03:45
Last Modified: 24 Nov 2020 07:43
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/427

Actions (login required)

View Item View Item