Mushaf Imla dan Implikasinya dalam Pembacaan al-Quran

Daud, Ismail and Mohd A' Tarahim, Mohd Razali and Wan Mohd Khairul Firdaus, Wan Khairuldin and Asyraf, Ab Rahman (2015) Mushaf Imla dan Implikasinya dalam Pembacaan al-Quran. In: International Seminar on al-Quran In Contemporary Sosiety (SQ 2015), 10 - 11 October 2015, UNISZA.

[img] Image
FH03-FKI-18-13136.jpg
Restricted to Registered users only

Download (103kB)

Abstract

Mushaf Imla’i adalah salah satu versi Al-Quran yang ditulis berdasarkan tulisan Arab standard. Ia juga dikenali sebagai Rasm Imla’i atau Rasm Qiyasi. Struktur rasm Al-Quran (ortografi) dan dabt (tanda-tanda yang menentukan sebutan yang betul Al-Quran) dalam Mushaf Imla’i adalah berbeza dari Mushaf Uthmani disebabkan oleh beberapa faktor seperti penambahan huruf (ziyadah), pertukaran huruf (badl) dan sebagainya. Perbezaan beberapa aspek tersebut telah membawa kepada berlakunya kekeliruan dan kesilapan dalam membaca Al-Quran. Oleh itu, kertas ini akan membincangkan beberapa implikasi yang timbul akibat dari menggunakan Mushaf Imla’ī dalam bacaan Al-Quran serta beberapa kesan terhadap masyarakat Islam keseluruhannya. Menggunakan kaedah analisis kandungan, kajian ini mendapati Mushaf Imla’i tidak sesuai digunakan secara terbuka kerana boleh menyebabkan wujud beberapa kekeliruan dari segi pembacaan Al-Quran.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 22 Oct 2020 03:30
Last Modified: 22 Oct 2020 03:30
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/423

Actions (login required)

View Item View Item