Motivasi dan manfaat penglibatan pelajar ipt dalam aktiviti kesukarelaan

Normah, Awang Noh and Muhamad Fazil, Ahmad and Lukman@Zawawi, Mohamad (2015) Motivasi dan manfaat penglibatan pelajar ipt dalam aktiviti kesukarelaan. In: Social Sciences Postgraduate International Seminar 2015, 12 November 2015, School of Social Sciences, Universiti Sains Malaysia.

[img] Text
FH03-FSSG-18-13137.pdf
Restricted to Registered users only

Download (292kB)

Abstract

Kesukarelaan merupakan satu fenomena global yang semakin mendapat perhatian kerana kemampuannya untuk membentuk sebuah masyarakat demokratik dan mempercepatkan proses pembangunan sesebuah negara. Kesukarelaan merujuk kepada penglibatan individu dalam aktiviti yang dilakukan secara sukarela, tidak melibatkan ganjaran material dan mendatangkan faedah kepada sukarelawan dan individu atau kelompok yang dibantu. Kesukarelaan merupakan suatu “core value” masyarakat moden pada masa kini dan kepentingan penerapannya dalam kalangan generasi muda terutamanya pelajar. Hal ini kerana generasi muda merupakan aset bernilai kepada negara dan bakal menjadi pemimpin pada masa hadapan. Sehubungan itu, pemerkasaan golongan ini perlu dilakukan bagi melahirkan generasi muda yang dinamik, aktif dan mampu bersaing di peringkat dunia. Tujuan kajian ini dilakukan untuk mengkaji motivasi penglibatan pelajar IPT dalam aktiviti kesukarelaan serta faedah yang diperolehi pelajar hasil daripada penglibatan tersebut. Responden kajian terdiri daripada pelajar IPTA dan IPTS terpilih di Lembah Klang yang terlibat dalam aktiviti kesukarelaan. Kajian ini akan menggunakan kaedah tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik. Maklumat sokongan juga diperolehi melalui temu bual tidak formal dan sumber sekunder.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare
Divisions: Faculty of Applied Social Sciences
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 22 Oct 2020 03:20
Last Modified: 24 Nov 2020 07:37
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/420

Actions (login required)

View Item View Item