Pendidikan Anak-anak Menurut Abdullah Nasih Ulwan: Kajian Terhadap Peranan Wanita Di Malaysia

Mat Teh, Prof. Dr. Kamarul Shukri (2019) Pendidikan Anak-anak Menurut Abdullah Nasih Ulwan: Kajian Terhadap Peranan Wanita Di Malaysia. In: Inspirasi Muslimah Ke Arah Matlamat Pembangunan Mapan. Persatuan Ulama’ Malaysia, pp. 63-86. ISBN 978-983-2306-34-4

[img] Text
FH05-FKI-19-31210.pdf
Restricted to Registered users only

Download (100kB)
[img] Text
FH05-FKI-19-31211.pdf
Restricted to Registered users only

Download (138kB)
[img] Text
FH05-FKI-19-31214.pdf
Restricted to Registered users only

Download (991kB)

Abstract

Wanita adalah makhluk yang lembut dan penyayang kerana perasaannya yang halus. Sejak dari zaman dahulu lagi, mereka berperanan penting dalam menguruskan hal-ehwal keluarga serta pendidikan anak-anak. Oleh itu, Abdullah Nasih Ulwan telah menulis buku berkaitan Pendidikan Anak-Anak Menurut Pandangan Islam. Buku ini menyentuh tentang peranan dan strategi untuk mendidik anak-anak terutamanya kaum wanita. Wanita mempunyai tanggungjawab yang amat besar dalam pembentukan dan pembangunan keluarga serta masyarakat Islam. Selain menjadi ibu, wanita juga merupakan sumber kekuatan dalaman bagi sesebuah keluarga. Oleh hal yang demikian, tulisan ini bertujuan untuk menonjolkan teori dan kaedah yang dikemukakan oleh Abdullah Nasih Ulwan terhadap peranan wanita dalam mendidik anak-anak. Seterusnya, tulisan ini juga membuat tinjauan terhadap aplikasi wanita di Malaysia kepada kaedah dan teori berkenaan. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuantitatif melalui soal selidik dan kajian perpustakaan untuk menganalisis buku Pendidikan Anak-Anak Menurut Pandangan Islam karya Abdullah Nasih Ulwan. Kajian ini menggunakan set soal selidik sebagai instrumen untuk mendapatkan data. Sampel seramai 442 orang responden telah dipilih dengan menggunakan kaedah persampelan bertujuan (Purposive Sampling) dalam kalangan ibu bapa di Malaysia. Secara keseluruhannya, hasil tinjauan mendapati tahap pengaplikasian wanita di Malaysia terhadap teori dan kaedah berkenaan adalah tinggi. Dapatan ini menunjukkan kaum wanita di Malaysia memiliki pengetahuan dan kesedaran akan kepentingan peranan mereka dalam pendidikan anak-anak dan ia perlu dipertingkatkan dari masa ke semasa demi menghadapi cabaran era globalisasi.

Item Type: Book Section
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Fatin Amirah Ramlan
Date Deposited: 10 Jan 2022 07:40
Last Modified: 10 Jan 2022 07:40
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/4141

Actions (login required)

View Item View Item