Kajian Perbandingan Antara Al-Jurjani dan Al-Sakkaki Tentang Haqiqah Lughawiyyah dan Majjaz

Ab. Halim, Zulazhan and Nasir, Mohd Shahrizal (2013) Kajian Perbandingan Antara Al-Jurjani dan Al-Sakkaki Tentang Haqiqah Lughawiyyah dan Majjaz. Jurnal KIPSAS (Al-Sirat) (13). pp. 173-187. ISSN 1823-4313

[img] Text
FH02-FBK-14-01587.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Ilmu Balaghah merupakan salah satu cabang ilmu bahasa Arab yang amat penting. Ia berperanan mengetengahkan aspek keindahan yang wujud dalam al-Qur’an dan al-Hadith, di samping menilai keindahan pengucapan lisan bahasa Arab dan sesebuah hasil karya, sama ada yang berbentuk puisi mahupun prosa. Para ulama terdahulu sangat mengambil berat tentang ilmu Balaghah. Pada peringkat awal, mereka memasukkan perbincangan berkaitan ilmu ini dengan ilmu-ilmu lain seperti nahu, saraf dan sebagainya. Hal ini sepertimana yang telah dilakukan oleh Sibawayh (m. antara 161H – 194H) dalam al-Kitab, al-Farra’ (m. 207H) dalam Ma‘ani al-Qur’an, dan al-Jahiz (m. 255H) dalam al-Bayan wa al-Tabyin (Ahmad Matlub, 1964: 80-81). Kemudian ilmu Balaghah ini berkembang sehingga melahirkan beberapa orang tokoh ulama yang membuat kajian khusus terhadap prinsip dan kaedah berkaitan bidang ini, serta menghasilkan pelbagai buku yang hebat untuk panduan generasi selepas mereka. Perbincangan ilmu Balaghah meliputi pelbagai aspek, antaranya mengenai permasalahan haqiqah lughawiyyah dan majaz. Sepertimana yang diketahui umum, ilmu Balaghah adalah satu ilmu yang mengetengahkan sesuatu makna melalui susunan perkataan dan ayat yang berbeza-beza mengikut konteks perkataan dan ayat tersebut. Susunan perkataan dan ayat ini tidak lari daripada dua bentuk, iaitu sama ada ia berbentuk haqiqah ataupun majaz. Justeru, makalah ini akan menghuraikan maksud haqiqah dan majaz serta perbezaan antara keduanya dengan mengambil pandangan ‘Abd al-Qahir al-Jurjani (m. 271H) dan Abu Ya‘qub al-Sakkaki (m. 626H). Kedua-dua orang tokoh ini merupakan antara tokoh terkemuka bidang Balaghah yang telah mengemukakan idea masing-masing berkaitan isu haqiqah dan majaz. Perbincangan mengenai idea kedua-dua orang tokoh ini akan disandarkan kepada kitab-kitab karangan mereka. Al-Jurjani terkenal dengan dua buah kitabnya berkaitan Balaghah iaitu Dala’il al-I‘jaz dan Asrar al-Balaghah, manakala pendapat al-Sakkaki pula dizahirkan menerusi kitabnya yang berjudul Miftah al-‘Ulum.

Item Type: Article
Subjects: L Education > L Education (General)
P Language and Literature > PN Literature (General)
Divisions: Faculty of Languages & Communication
Depositing User: Syahmi Manaf
Date Deposited: 13 Sep 2022 05:11
Last Modified: 13 Sep 2022 05:11
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/3788

Actions (login required)

View Item View Item