Penggunaan DNA Bagi Penentuan Nasab al-Walad Li al- Firasy dalam Peruntukan Undang-undang Keluarga Islam di Malaysia

Tengku Muda, Tengku Fatimah Muliana and Omar, Najmiah and Ismail, Siti Khatijah (2011) Penggunaan DNA Bagi Penentuan Nasab al-Walad Li al- Firasy dalam Peruntukan Undang-undang Keluarga Islam di Malaysia. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, 1 (1). pp. 17-21. ISSN 2289-6325

[img] Text
FH02-FKI-18-14446.pdf
Restricted to Registered users only

Download (114kB)

Abstract

Doktrin al-walad lil firash merupakan antara mekanisme pensabitan nasab di dalam Islam. Ia membawa maksud seseorang anak yang dilahirkan daripada ikatan perkahwinan adalah dianggap sebagai sahtaraf. Peruntukan undang-undang keluarga di Malaysia juga mengambil kaedah ini dalam mensabitkan kesahtarafan anak sebagaimana berdasarkan peruntukan seksyen 109 Akta 303. Walaubagaimanapun, artikel ini akan membincangkan keperluan penggunaan aplikasi teknologi moden melalui penyelidikan Deoxyribonucleic acid (DNA) oleh mahkamah Syariah sebagai satu mekanisme altenatif yang konkrit dan tepat bagi menentukan hubungan biologi antara seseorang individu dengan induknya. Bagi memenuhi objektif ini, kaedah analisis dokumen melalui sorotan kitab-kitab fiqh yang berautoriti telah digunakan. Rujukan juga dibuat kepada peruntukan Undang-undang Keluarga Islam. Hasil kajian menunjukkan, bagi menjaga ketinggian kedudukan nasab di dalam Islam, peruntukan perundangan keluarga Islam sewajarnya menyatakan dengan jelas akan keperluan pengesahan melalui DNA dalam mensabitkan kesahtarafan si anak.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: establishment of nasab, doctrine of al-walad lil firash, provision on DNA test
Subjects: H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Syahmi Manaf
Date Deposited: 13 Sep 2022 05:23
Last Modified: 13 Sep 2022 05:23
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/3145

Actions (login required)

View Item View Item