Konsep Wasatiyyah dalam kerjaya menurut Imam Al-Juwayni

Mustafa, Dr. Mohd Fadzhil (2014) Konsep Wasatiyyah dalam kerjaya menurut Imam Al-Juwayni. In: Sunnah Asas Wasatiyyah Pencetus Transformasi Ummah. Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, USIM, pp. 85-91. ISBN 978-967-5996-504

[img] Text
fh05-FKI-15-03154.pdf
Restricted to Registered users only

Download (135kB)

Abstract

Kertas ini berhasrat menanamkan konsep wasatiyyah dalam kerjaya masa kini menurut Imam al-Juwayni bagi menangani isu salah tindakan dan kekeliruan pemikiran yang membabitkan nilai serta keperibadian anggota masyarakat. Dalam hal ini, kerjaya seseorang penjawat awam misalnya, perlu dipantau dan diselaraskan agar sejajar dengan qudwah hasanah yang ditampilkan oleh peribadi mulia Rasulullah s.a.w. asionalnya ialah ilmu dan latihan yang diperolehi mereka bukan sekadar maklumat namun ia merupakan satu proses penjanaan tapak atau asas kukuh terhadap jalan, manhaj dan nilai kehidupan sebenar. Sehubungan itu, Sunnah nabawiyyah telah memainkan peranan penting menerusi maqasidnya sekali gus menampilkan konsep dan nilai penyelesaian tersendiri lagi berkesan terhadap cita rasa kerjaya seseorang. Justeru, nilai wasati harus difahami secara bersepadu bagi membentuk tingkah laku berkualiti serta menjana hubungan satu masyarakat yang harmoni. Berdasarkan kajian kualitatif melalui kajian perpustakaan dan analisis kandungan teks Sunnah serta karya Imam al-Juwayni, penulis berusaha menterjemahkan konsep dan nilai yang berjaya meningkatkan kefahaman, kesedaran serta keprihatinan masing-masing. Hasilnya, pasti tercetus satu fenomena persefahaman baharu dalam bentuk modul kerjaya masa kini yang lebih seimbang dan sejajar dengan keperluan semasa demi menjaga kestabilan wilayah dan maslahah umum negara.

Item Type: Book Section
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Fatin Amirah Ramlan
Date Deposited: 09 Jan 2022 02:30
Last Modified: 17 Apr 2022 07:30
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/3067

Actions (login required)

View Item View Item