Konflik Antara Hak Wali Mujbir di Bawah Hukum Syarak dan Peruntukan Had Umur Minimum Perkahwinan

Syed Husin, SYH Noorul Madihah and Tengku Muda, Tengku Fatimah Muliana (2011) Konflik Antara Hak Wali Mujbir di Bawah Hukum Syarak dan Peruntukan Had Umur Minimum Perkahwinan. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari. pp. 7-16. ISSN 1985-7667

[img] Text
FH02-FKI-14-00446.pdf
Restricted to Registered users only

Download (172kB)

Abstract

Dalam mazhab Syafi’e, bapa dan datuk sebelah bapa merupakan wali mujbir yang berhak mengahwinkan anak atau cucu perempuannya yang masih gadis tanpa perlu meminta izin daripada gadis tersebut. Walau bagaimanapun, peruntukan Undang-undang Keluarga Islam di Malaysia telah menetapkan had umur minimum perkahwinan bagi bakal pengantin perempuan adalah 16 tahun dan sesebuah perkahwinan itu tidak boleh dilakukan tanpa mendapat keizinan Hakim Syarie. Konflik antara dua isu ini menimbulkan pelbagai polemik dalam kalangan masyarakat terutamanya mereka yang bukan berada dalam bidang syariah dan undang-undang. Artikel ini akan mengenalpasti had kuasa wali mujbir dalam mazhab Syafie. Ia juga akan membincangkan objektif di sebalik ketetapan kuasa wali di bawah hukum syarak dan peruntukan had umur minimum perkahwinan dalam Undang-undang Keluarga Islam Malaysia. Seterusnya, ia akan meneliti sama ada terdapat pertentangan antara dua isu tersebut atau sebaliknya. Bagi memenuhi objektif ini, kaedah analisis dokumen melalui sorotan kitab-kitab fiqh telah digunakan. Rujukan juga dibuat kepada peruntukan seksyen 8 Akta 303. Dapatan menunjukkan walaupun syarak telah memberi kuasa ijbar (paksa) kepada wali mujbir untuk mengahwinkan anak atau cucunya, namun kuasa ini hanya berhak digunakan setelah menepati syarat-syarat yang tertentu. Penetapan ini adalah selari dengan objektif peruntukan had umur minimum perkahwinan iaitu untuk menjaga kemaslahatan bakal pengantin perempuan.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: wali mujbir; perkahwinan bawah umur; umur minimum perkahwinan
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Syahmi Manaf
Date Deposited: 13 Sep 2022 05:12
Last Modified: 13 Sep 2022 05:12
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/2969

Actions (login required)

View Item View Item