Peranan Susu Ibu Dalam Pembangunan Modal Insan: Satu Sorotan Kepada Wanita Berkerjaya

Daud, Normadiah and Salleh, Siti Fatimah (2009) Peranan Susu Ibu Dalam Pembangunan Modal Insan: Satu Sorotan Kepada Wanita Berkerjaya. Jurnal Al-Sirat, 1 (10). p. 180. ISSN 1823-4313

[img] Image
FH02-FKI-18-13213.jpg
Restricted to Registered users only

Download (607kB)

Abstract

Kefahaman terhadap penyusuan susu ibu menurut perspektif Islam sangat penting dalam memastikan kejayaan penyusuan susu ibu terutamanya dalam kalangan ibu yang bekerjaya. Ketiadaan kajian berkaitan kefahaman terhadap konsep penyusuan susu ibu menurut perspektif Islam dalam kalangan ahli akademik IPTA sedangkan mereka adalah golongan terpelajar yang perlu dijadikan panduan dalam kalangan wanita lain merupakan permasalahan utama kajian ini. Justeru itu, kajian ini dibina untuk mengkaji kefahaman ahli akademik di IPTA Kuala Terengganu tentang penyusuan menurut perspektif Islam. Kajian ini dilakukan secara lapangan (field studies) dan menggunakan kaedah kuantitatif. Data dikumpulkan melalui instrumen soal selidik dan temu bual bersama pakar pakar dalam bidang Fiqh kekeluargaan Islam.Seramai 140 daripada 180 orang responden telah dipilih dari lokasi yang terpilih ialah UiTM Kuala Terengganu, UMT dan UniSZA. Hasil dapatan menunjukkan para responden mempunyai kefahaman yang baik berkenaan dengan penyusuan susu ibu menurut perspektif Islam dengan purata nilai min antara 2.67-3.92. Dapatan ini menunjukkan bahawa ilmu pengetahuan tentang Islam merupakan asas yang penting dalam memastikan kejayaan pelaksanaan penyusuan susu ibu ini.

Item Type: Article
Subjects: H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Syahmi Manaf
Date Deposited: 13 Sep 2022 05:23
Last Modified: 13 Sep 2022 05:23
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/2765

Actions (login required)

View Item View Item