Kertas Konsep Gejala Ketagihan Pornografi dalam Kalangan Kanak-kanak Perlu Ditangani Sewajarnya

Mohd Sani, Ismail and Masitah, Yusof (2019) Kertas Konsep Gejala Ketagihan Pornografi dalam Kalangan Kanak-kanak Perlu Ditangani Sewajarnya. In: Seminar Antarabanga Kaunseling Islam 2019, 22-23 November 2019, DABS UniSZA.

[img] Text
FH03-FKI-19-32256.pdf
Restricted to Registered users only

Download (410kB)
[img] Text
FH03-FKI-19-32257.pdf
Restricted to Registered users only

Download (7MB)

Abstract

Isu ketagihan pornografi kini semakin membarah dalam masyarakat namun masih dianggap taboo untuk diperbincangkan secara terbuka. Namun daripada berita atau laporan media ianya jelas amat membimbangkan. Kajian tentang isu ini juga tidaklah meluas sepertimana isu penagihan dadah dalam kalangan masyarakat. Pendekatan yang boleh dikatakan agak perlahan dalam menangani isu ini akan mendatangkan impak yang tidak terjangka pada masa depan. Malah jika gagal diberi perhatian keadaan ini akan mencalit seribu satu sejarah hitam kepada institusi kekeluargaan. Semua pihak samada kerajaan , masyarakat, golongan intelektual dan lain-lain sepatutnya memainkan peranan tersendiri dalam menangani isu ini. Realitinya dunia internet tanpa sempadan terlalu mudah membiakkan individu ketagihan pornografi seterusnya merekrut “perogol” remaja tanpa sedar memandangkan semua bahan rangsangan seks boleh diakses hanya dihujung jari. Oleh itu, penulis mencadangkan agar satu kajian secara terperinci perlu dilakukan untuk mengenalpasti apakah teknik atau pendekatan yang paling sesuai dan ampuh dalam menangani isu ini. Hasil dapatan ini boleh menjadi panduan kepada pihak yang terlibat samada mangsa yang ketagihan pornografi, ibubapa, guru mahupun masyarakat untuk turut sama membendung kegawatan ini daripada terus membarah dalam masyarakat.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 26 Jan 2021 04:42
Last Modified: 26 Jan 2021 04:42
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/2511

Actions (login required)

View Item View Item