Improving Arabic Writing Skills Jawlah Lughawiyyah: An Analysis

Wan Abdul Hayyi, Wan Omar and Mohd Firdaus, Yahaya and Mohd Shahrizal, Nasir and Zulazhan, Ab. Halim and Essmat Nasr Abd Elhamid, Sweedan (2014) Improving Arabic Writing Skills Jawlah Lughawiyyah: An Analysis. In: Regional Conference On Sciences, Technology And Social Sciences (RCSTSS), 23-25 November 2014, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pahang.

[img] Text
FH03-FBK-18-13202.pdf
Restricted to Registered users only

Download (560kB)

Abstract

Sejak tahun 2000-an, usaha dari pelbagai pihak dalam menawarkan pembelajaran bahasa Arab sama ada di peringkat sekolah, institusi pengajian tinggi dan persatuan yang berkaitan dengan bidang bahasa semakin berkembang. Sebagai contoh, program j-QAF diperkenalkan bagi meningkatkan mutu pendidikan negara dengan melahirkan insan yang berkemahiran multi-bahasa. Masalah utama yang dihadapi oleh para pelajar dalam penguasaan bahasa ialah kegagalan menguasai kosa kata bahasa Arab yang mencukupi disamping faktor motivasi dan tanggapan negatif terhadap pembelajaran bahasa Arab. Untuk menghasilkan penulisan yang baik, pemilihan kosa kata yang tepat sangat penting dalam penyampaian makna yang jelas. Selain itu, pengunaan panca indera yang afektif menerusi aktiviti diluar bilik darjah yang santai, berstruktur dan menyeronokkan mampu memberi kesan positif dalam peningkatan pemerolehan bahasa. Oleh itu satu medium alternatif iaitu Jawlah Lughawiyyah berkonsepkan aktiviti bahasa diluar bilik darjah yang menerapkan tujuh peringkat pembelajaran bahasa telah dijalankan keatas para pelajar bukan penutur jati di Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin dan Sekolah Menengah Agama Khairiah, Terengganu. Objektif utama kajian ini adalah mengenalpasti tahap kemahiran menulis para pelajar sebelum dan selepas mengikuti aktiviti Jawlah Lughawiyyah. Seramai 30 pelajar tingkatan empat daripada setiap sekolah telah dipilih secara rawak dan sebahagian daripada mereka telah menjalani aktiviti ini. Proses pengumpulan data melalui ujian pra dan pasca telah dijalankan terhadap sampel dan di analisis menggunakan kaedah kualitatif; rubrik pemarkahan Wikispaces dan kuantitatif; t-test. Hasil dapatan kajian menunjukkan terdapat signifikan ketara dalam peningkatan kemahiran menulis iaitu dari 14.3% meningkat kepada 175%. Justeru itu, kajian ini mencadangkan agar aktiviti Jawlah Lughawiyyah dipraktikkan dalam proses P&P bahasa Arab khususnya melibatkan pelajar daripada kalangan bukan penutur jati.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: L Education > L Education (General)
L Education > LB Theory and practice of education
P Language and Literature > P Philology. Linguistics
Divisions: Faculty of Languages & Communication
Depositing User: Rosnorzaini Rusli
Date Deposited: 19 Oct 2020 08:38
Last Modified: 19 Oct 2020 08:38
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/220

Actions (login required)

View Item View Item