Jamalluddin, Hashim (2011) Isu-isu fiqh yang tidak muktamad menurut mazhab shafi'i dalam kitab al-sirat al-mustaqim karya Shaykh Nur al-din al-raniri. Jurnal Islam dan masyarakat kontemporari, 1. p. 1. ISSN 1985-7667
Image
FH02-FKI-18-15604.jpg Restricted to Registered users only Download (231kB) |
Abstract
Artikel ini merupakan analisis terhadap isu-isu fiqh yang tidak muktamad menurut Mazhab Shafi'i dalam penulisan kitab al-Sirat al-Mustaqim karya Shaykh Nur al-bin al-Raniri. Kitab al-Sirat al-Mustaqim merupakan kitab fiqh berbahasa Melayu yang pertama dikarang di Nusantara. la ditulis berdasarkan rujukan-rujukan fiqh Mazhab Shafi'i berbahasa Arab yang berautoriti. Isi kandungannya sewajarnya selari dengan fakta-fakta fiqh yang muktamad dalam Mazhab Shafi'i. Namun begitu, kajian ini mendapab bahawa teks al-Sirat al-Mustaqim mengandungi beberapa pandangan fiqh yang bercanggah dengan pendapat yang muktamad dalam Mazhab Shag'. Pendapat-pendapat fiqh ini bercanggah dengan apa yang diputuskan oleh ulama-ulama peneliti (muhaqqiq) dalam Mazhab Shafi'i yang muta'akhkhirin terutamanya Ibn Hajar al-Haytami dan Shams al-Din al-Ramli. Walau bagaimanapun, ini tidak menggambarkan satu kelemahan penulisan kitab tersebut. Pandangan-pandangan fiqh ini merupakan pandangan fiqh pilihan peribadi pengarang untuk dinyatakan dalam kitab ini. Kajian ini menggunakan kaedah analisis tekstual, berdasarkan kepada data-data berbentuk kualitatif yang dikumpulkan berasaskan kepada kaedah kajian dokumentasi.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | al-Sirat al-Mustaqim; pendapat muktamad; Mazhab Shafi'i. |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion L Education > L Education (General) |
Divisions: | Faculty of Islamic Contemporary Studies |
Depositing User: | Mrs Norhidayah Razak |
Date Deposited: | 01 Dec 2020 01:27 |
Last Modified: | 15 Aug 2021 02:20 |
URI: | http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/2054 |
Actions (login required)
View Item |