COVID 19 dan ancaman siber semasa bekerja dari rumah – Permasalahan dan perlindungan menurut undang-undang di Malaysia

Nazli Ismail, Nawang and Noraida, Harun (2020) COVID 19 dan ancaman siber semasa bekerja dari rumah – Permasalahan dan perlindungan menurut undang-undang di Malaysia. In: Webinar Serantau Pandemik COVID-19 (WSPC-19), 26-27 Aug 2020.

[img] Text
FH03-FUHA-20-40298.pdf
Restricted to Registered users only

Download (3MB)

Abstract

Peningkatan ketara kes positif jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia telah menyebabkan pihak kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara bermula 18 Mac 2020. Pelaksanaan PKP yang bersandarkan kepada Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 membolehkan pihak berkuasa mengambil beberapa pendekatan yang drastik bagi membendung penularan pandemik ini termasuklah penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara. Implikasi langsung daripada langkah ini ialah pengenalan polisi bekerja dari rumah bagi pekerja yang tidak terlibat dalam perkhidmatan penting negara. Akan tetapi, amalan bekerja dari rumah yang banyak bergantung kepada penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta akses Internet telah mendedahkan pekerja dan majikan kepada ancaman serangan siber seperti penyebaran perisian hasad (malware), penafian perkhidmatan (DOS / DDOS attack), penipuan dalam talian, kebocoran data peribadi dan maklumat sensitif serta pelbagai lagi. Hal ini mungkin terjadi menerusi penggunaan peranti atau perisian yang tidak selamat yang membuka peluang kepada penjenayah untuk melakukan penggodaman atau serangan siber. Perkara ini perlu diambil serius kerana pihak CyberSecurity Malaysia telah merekodkan peningkatan kes ancaman siber sebanyak 82.5% dalam tempoh PKP berlangsung berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengkaji kes serangan siber yang paling banyak direkodkan oleh CyberSecurity Malaysia semasa tempoh pelaksanaan PKP dan menganalisa undang-undang yang sedia ada di Malaysia bagi melindungi pekerja dan majikan yang terdedah kepada jenayah siber semasa bekerja dari rumah. Kajian ini adalah suatu kajian kualitatif dengan menggunakan kaedah analisa doktrin undang-undang bagi mengkaji sumber primer yang merangkumi statut yang relevan seperti Akta Jenayah Komputer 1997 dan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 serta kes-kes duluan yang telah diputuskan oleh mahkamah. Di samping itu, kajian ini juga merujuk kepada sumber sekunder seperti buku, artikel ilmiah, prosiding seminar, laporan akhbar dan maklumat-maklumat berkaitan yang boleh didapati di Internet.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: K Law > K Law (General)
T Technology > T Technology (General)
Divisions: Faculty of Law & International Relations
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 24 Nov 2020 02:13
Last Modified: 24 Nov 2020 02:13
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/1886

Actions (login required)

View Item View Item